Thursday, March 11, 2010

hey si gadis yang ayu!

salam. haih la. malas sungguh nak buat keje. geram ah. lagi menyampah bila rasa rajin tu datang tak bertempat. contohnye rasa rajin basuh baju datang pade waktu 12.30 malam. kadang tu bila tengah banyak assignment nak kene hantar esok tetiba rajin nak mengemas bilik lah, lipat baju lah, kemas almari lah. tak nak pulak rajin tu datang masa tengah takde keje. hampagas betul lah!

eh membebel pulak di siang hari. oh ye. sekarang aku tengah dok melepak kat youtube siang malam (macam takde keje lain!) sebab nak tengok drama Yamato Nadeshiko Shichi Henge aka The Wallflower. dulu aku pernah buat review pasal cerita ni tapi versi manga (klik sini kalau nak tahu jalan cerita). wah tak sangke ade cite ni ade live action. hahaha suke suke.



oklah. kalau diterjemahkan maksud yamato nadeshiko tu ke bahasa malaysia ialah wanita sempurna. dalam english pula perfect lady. dalam cerita ni perfect lady digambarkan sebagai perempuan yang serba-serbi tahu mengurus rumah. jadi sempurnakah anda gadis-gadis di luar sana (dan di sini juga)?ade beberapa persoalan yang menghantui kepala aku.(hantu soalan atas kepala?)

1.mencuci pakaian
aku selalu dikatakan pemalas sebab basuh baju guna mesin basuh. yeke pemalas? eh kalau kat rumah sendiri, kau basuh baju guna mesin basuh jugakan? tak tahu la pula aku kalau ade yang masih duduk berkemban tepi sungai sambil menyanyi-nyanyi sambil melibas baju di atas batu. ade ke? jadi ape bezanya kalau di kolej, di asrama? ok, ade beza sebab kat rumah free tak payah masuk duit syiling. tapi teknologi ade, tak baik disia-siakan. kalau aku tak basuh baju langsung tu lain lah. 

2. memasak.
aku ade la skill sikit2 bab masak memasak ni tapi aku malass. roomate aku ade ajak kongsi periuk nasi la, beras  la, telur, sayur dan mcm-mcm lagi lah. tapiii tu lah. malas wehh nak masak. beli je kan senang. perut sendiri je pun. dahla banyak keje weh. tak kuasa. yang penting mesti tahu masak, malas rajin belakang kira!
tapi perhatian! wanita yang sudah, ingin, bakal berkahwin sila jangan ade pemikiran sebegini ye?anda mesti kene rajin sebab yang nak makan bukan perut anda je.

3. tido
ok ni selalu sangat dengar. anak dara tak baik bangun lambat. anak dara itu anak dara ini. tapi kawan aku kata zaman anak dara ni la nak tido sepuas hati. time dah kawin, dah ada anak nanti kau ingat boleh nak membuta sesuka hati? betul juga tu? gadis-gadis pun perlukan rehat yang secukupnya. haha! tapi sebenarnye tak elok kan tido lepas subuh T_T



jadi macam mana ni. sempurna ke? aku dah sah-sah la tak. itu belum cite bab akhlak, perilaku lagi. sebab tu mak aku suruh belajar dulu dan pegi posting ke pedalaman selama 3 ke 4 tahun untuk memperbaiki diri sendiri (cewah!)

baru la boleh letak hantaran tinggi (haha). ini tak. masak tak reti. hantaran nak tinggi. nanti perut berbunyi-bunyi. akhirnya suami lari.

ok bye!