Friday, August 27, 2010

drama minggu ini

membaca amalan mulia

bila dah baca buku ke 3 Twilight Saga, aku rasa banyak momen-momen WTH sepanjang aku membaca. si Bella tu sanggup jadi pontianak (jibam-jibam) semata-mata nak kawin dengan Edwak Kuleng? habis tu Charlie, Renee, kolej, tak penting ke? orang melayu cakap, untung seguni rugi segantang. konon-kononnya nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan. buang emak, buang saudara,(buang jacob jugak), kerana kasih hamba turutkan. Wth?

lebih baik aku baca buku la tahzan gadisku. ada (dan banyak) jugak faedahnye.

ketawa hodoh

ok,bnyk kje nk raya, mcm buzy org nk buat kuih raya je..hins..hins - abang ady

hins hins? ape kejadahnye tu? dah banyak kali dalam mesej abang aku tulis camtu. aku andaikan itu ketawa, gantian kepada haha. kalau macam tu la, banyak-banyak ketawa, aku rasa ketawa abang aku yang paling hodoh sekali. wuahaha! (hari raya nanti aku MESTI mintak maaf)


Titik mengigau

Masa nak tunggu budak berdua tu bersiap nak pegi iftar dan majlis tahlil dr. husni dan dr. haniza, aku baca la buku sikit, tapi entah bila aku terlelap. Tiba-tiba,

“Weh zety, bangun, jom pegi. Dah lewat ni.”

“Hah? Ko cakap nak buat titik?” Aku jawap, separa mamai.

“Titik? Titik ape ni ko ni?”

“Titik la. Titik. Dot.” Masih lagi mamai.

“Ape ko nii? Titik ape?” muka member dah confuse. Muka nak marah pun ada.

tetiba dalam hati aku tersedar, ape benda yang aku dok mengarut titik titik ni? akhirnya aku jawap,

“Err, takpelah. Tunggu jap, aku pakai tudung.”

Moral cerita, janganlah tidur lepas asar. Memang mewarisi kegilaan.

jadual exam

oh oh jadual exam dah keluar. walaupun 3 paper je tapi lebih dari  cukup untuk membunuh dan terbunuh!






p/s : dah nak cuti ni keje bukan makin sikit.



Sunday, August 22, 2010

tagged! antara yang tersusah

disebabkan laptop aku rosak hari tu, maka banyaklah entri tag dan award yang tertangguh. oleh sebab aku happy hari ni kerna urusan PTPTN dah selesai, maka aku nak jawab tag dari anin

damn, susah kot nak buat. hoi lah anin, siaplah kauu!

1. peraturan
jawab semua soalan menggunakan huruf pertama anda. contohnya nama kau tipah, jadi gunalah huruf T.

- elakkan menggunakan jawapan yang sama untuk soalan yang berikutnya

- untuk nama boy&girl, sila jangan guna nama sendiri


2. soalan

what is your name?
zety liyana zainal abidin

a four letter word
zoom (gali gali zoom gali gali zoom ) <---------- lirik lagu pengakap. suka!

a boy's name
zico

a girl's name
ziana zain

an occupation
zorro. cita-cita saya nak jadi zorro sebab boleh nyanyi lagu i want to spend my lifetime loving you

a color
zz..er..z. zitam? jap. ok dah google. zucchini (a shade of green)

something u'll wear
zip-up boot. ngeh ngeh ngeh. tq google .

a type of food
zinger burger. 

something found in the bathroom
zzz.. (orang tido)




a place
zimbabwe

a reason for being late
ziman belasah aku. tu yang lambat tu.

something u'd shout
zurang zaja!!! zentang-zentang zaku zelat z, zau zejek-zejek zaku zeh?!

a movie title
zombieland. 

something u'd drink
zesty zapple (air fnn ke mirinda tah)

a musical group
zety and the computer. confirm ke laut!

animal
zebra, zirafah. ceh ceh banyak jawapan.

fruit
zaqqum (buah yang kat neraka tu. boleh?)

3. kenekan kawan anda
aku nak suruh seorang je jawap. nuraimy yasmin. tapi aku nak kau jawab pakai initial Y. are you up for the challenge? ha ha ha.


bila main benda alah ni, aku teringat pulak mainan masa sekolah-sekolah dulu.




p/s: anin, kau tak state kan tak boleh pakai google. kira jawapan aku ni valid lah kan. hahaha!

Friday, August 20, 2010

drama kehidupan kampus

masa

berlumba dengan masa memang memenatkan. kita setengah mati terkejar-kejar masa, dia rilek je berlalu meninggalkan kita. hampeh punya masa!

hoi minggu depan dah minggu 7. maknanya semester 5 tinggal lagi separuh sebelum nak masuk semester 6. tapi aku belum buat apa-apa aktiviti yang produktif. ape nak jadi?

PTPTN

hoi susah betul nak mintak duit orang ni. heh, pinjam je pun. segala mak nenek dokumen habis dimintaknye. dah macam tak cukup tanah aku berjalan ke sana ke mari nak  kuruskan   uruskan cop itu dan ini. patutlah sampai ade yang menangis-nangis. eh, aku tak!

teringat masa kecik-kecik dulu, kakak aku cakap PTPTN tu maksud die Pulau Tempat Penyamun Tengok Nasyid (PTPTN). hahah. kejadah ape tah?


bas 

setiap kali bas datang, semua orang jadi gila. dah jadi macam medan perang, padahal nak naik bas je pun. rahsia nak berebut bas bukan tolak orang la ngok. buat sakit badan, sakit hati je. cara yang betul dan efektif ialah menyelit. ejas la posisi badan tu biar kau yang ke depan. haih, keganasan tidak dapat menyelesaikan apa-apa ok?

abang hensem berdua (abang ke? tah tah junior. lantaklah, umur aku 20. muda lagi apa?)

tengah aku berjalan macam tak cukup tanah, eh, dari mana pulak 2 orang mamat ni muncul jalan depan aku. terpaksalah aku perlahankan kelajuan berjalan. wah, galak bersembang. siap ketawa sengih-sengih. isk, aku nak cepat ni. tiba-tiba orang depan berhenti. pandang belakang.

bapak ah. aku ade jerit mintak laluan ke? ah, aku nak cepat. cakap terima kasih pun dalam hati. tapi sempat juga aku senyum. tapi aku ada terdengar perkataan 'lajunye dia jalan' dan 'tak puasa'. erk? tapi terima kasih lah. bila aku masuk ofis HEP, terus dia kunci pintu, tutup kedai. fuh, awal beberapa saat je. kalaulah abang berdua tu tak beri laluan tadi...

Wednesday, August 18, 2010

drama ramadhan

sahur

"aku tak puas hati zety senyap hari ni"

"aah la. kenapa?",

"penat. aku tak sahur hari ni", jawap aku.

"eleh, puasa tahun lepas kau tak sahur pun, ok je?

ye tak ye eh. pernah pulak aku rajin bangun sahur. entahlah. tapi semalam aku sahur makan nasik, rasa bertenaga sekuat harimau!

popia

"bang, ni balik kampung ni kau takde request pape ke suruh ibu masak?"

"takde. kenapa? kau ade ke?"

"ade. popia"

"ekk eleh. popiaa? weh, kat bazar berlambak la."

ye memang. tapi popia inti togeh hangus. ceh. dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang. popia di bazar boleh ku cari, manakan sama popia ibuku seorang.

titik perubahan

ah, semua orang memang tak sayang aku, tak perlukan aku. baik aku duduk diam kat sini. tak payah campur orang. huh!

daripada kau berfikir macam tu, baik kau fikir,

kenapa mereka tak pedulikan aku lagi? macam mana aku nak dekatkan diri semula dengan mereka? kat mane yang aku salah ye?

muhasabahlah. sempena bulan Ramadhan ni, berubahlah

walaupun kau berperangai sampah, nampak seperti aku tak peduli, sebenarnye aku tetap sayangkan kau.