Friday, July 30, 2010

Kites: ini bukan cerita main layang-layang


sebenarnya aku tak la teruja sangat nak tengok filem ni. tapi sebab ain fathihah dah cadangkan suruh tengok, aku pikir, apa salahnya, ye tak? tapi sempat jugak aku tanya,

"weh, best ke?"
"best, depa bercinta tapi masing-masing tak paham bahasa, seorang mexican, seorang hindustan"

ohh ok laa. dalam fikiran aku dah terbayang mesti sweet la cerita ni. ala ala romantik komedi kot. tajuk pun Kites, ingatkan depa berdua ni jatuh cinta kat taman ke hapa. rupa-rupanya bukan. takde lansung scene kat taman tengah main layan-layang.

walaupun camtu, it's a good film. filem aksi-romantik yang tragis. di akhir cerita, takde siapa yang menang. not even Linda and J. apatah lagi Tony dan Gina. Robin, Jamaal dan David juga.

aku rasa industri perfileman Bollywood memang dah maju setapak berbanding sepuluh tahun lepas. 

kalau dulu punya cerita, bila sebut filem hindi je, alah tipikal. hero/heroin mesti kalah dulu dahla kalah, setiap setengah jam mesti nak nyanyi. dalam hujan, tengah-tengah pokok bunga, tepi bangunan lama, yang pasti setiap ceruk lah. tepi bukit kene tarah pun boleh. tipikal plot, cinta terhalang.

tapi sekarang, walaupun masih mengangkat tema cinta, tapi plot dan olahan cerita dah banyak variasi. ada yang sangat bagus. even filem-filem sci-fi  mereka pun agak menarik. walaupun tak setanding Hollywood, tapi masih boleh diterima dan puas hati lah.

Kita? cerita hantu, cerita lucah, lumba sana sini, rempit, bohsia, cinta cintun. 

Salam sejahtera ke atas kamu semua..

p/s: kites..fly in the sky..free..dancing in the wind..with no worries..like two lovers..they meet, they fight, they embrace..they almost become one..but it is not the will of the kites..that makes them dance..cause someone else..always hold the strings- Kites, 2010

Wednesday, July 28, 2010

selamat tinggal kenangan

sekarang, aku akan pergi.

dan aku menganggap kita tak pernah berjumpa. kita tak perlu berjumpa di awalnya. dan kita tak patut berjumpa. aku tak patut berada di situ. itu bukan tempat aku. tapi aneh. malam itu, itulah aku yang sebenar. itu semua satu kesalahan. aku tak patut tunjuk diri sebenar aku pada kau. kau bukan siapa-siapa pun.

kau bodoh. kau tak guna. kau terus pergi. memang tak guna satu sen pun. kau ingat bagus bermain dengan hati dan perasaan orang?

aku tak tahu kenapa kita dipertemukan. dan sejujurnya aku tak pernah ingin pertemuan itu. kerna selepas pertemuan itu, kita takkan pernah bertemu di suatu titik yang sama.

kata orang, patience pays. tapi kalau ia memang bukan milik kau, seribu tahun kau sabar pun tetap tak pays jugak.

selamat berhidup bahagia sayang, selamat tinggal kenangan!