Wednesday, March 3, 2010

guru bujang wajib ke pedalaman?

salam. oh oh. headline Utusan Malaysia hari ni memang berjaya membuatkan mata aku terbeliak. nasib tak terkeluar biji mata dari soket mata.


KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan akan menimbangkan untuk mewajibkan semua guru bertugas di kawasan pedalaman antara tiga dengan lima tahun daripada tempoh perkhidmatan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan sasaran untuk menyahut cabaran itu ialah guru-guru yang masih belum berkeluarga.

berita penuh: utusan malaysia online


aku penah la sembang2 dengan kawan pasal isu posting pedalaman ni. rata-rata semuanye nak posting kat kampung sendiri. ade tu siap nangis2 bile lecturer tunjuk video cikgu yg bertugas di pedalaman sabah. dan2 terus meraung 'taknak taknak' (ok ade sedikit hiperbola di situ).

punye la payah nak ke sekolah. yang suke ponteng kelas tu sedar la sikit

yelah,tengok cikgu dalam video tu dahla duduk pondok sorang2. takde elektrik. kalau ade supply pun memang limited lah, untuk lampu je. kalau namenye nak hadap laptop main facebook, blogwalking etc memang tak dapat ah. kawan yang tengok video tu pulak jenis yang jiwa jiwa. mane la tak menangis. aku rilek je walaupun dalam hati Tuhan je yang tau. takut jugak woh! itu belum lagi part prasarana sekolah yang terhad, pengangkutan nak ke sekolah (kene daki gunung,naik rakit) dan sebagainye.


tapi ade jugak bestnye posting kat pedalaman ni. kite kene la fikir positif sikit kan. kene tengok sisi cerah jugak. mase aku pegi program khidmat masyarakat kat Pulau Tioman dulu, ade lah aktiviti bersama pihak sekolah. Rata-rata cikgu2 sekolah tu memang muda dan hensem. ok fine. bukan tu pointnye. Masyarakat sana memang friendly habis dan memang kita tak terasa yang kite ni adelah strangers dalam kampung mereka. student kat situ pun mcm baik2 je.(aku sempat interviu sorang dua student. memang berbudi bahasa tinggi).tapi aku tak tahu la dekat kawasan lain. pada aku..ok kot?masa muda2 belia ni la nak cari pengalaman kat tempat orang. 

mula-mula memang la tak biasa. tapi sampai bila nak duduk dalam zon selesa je?

p/s: tapi aku tetap terfikir..kalau lah aku kahwin sebelum grad..mungkinkah aku tak perlu ke kawasan pedalaman?

update: ok fine. kawin cepat pun tiada guna. tetap kene pergi jua

18 comments:

zella y said...

ade juga terjumpa cikgu yg sanggup ngajar kat pendalam sbb dia pratical kat skolah yg muridnya sgt lah kurang ajar... heheh

tp.... kat pendalaman xde murid kurang ajar ke?? heheh

slm kenal...

Aimy Yasmin said...

maksudnye, ko harus kawen cepat2 zety! hahaha

eh nanti jgn lupe jmput aku tau! ;D

Zety Zainal said...

huhu..entahla..yg saya cite tu contoh je..

tapi pada saye yg paling penting pengalaman :)

ParkAir said...

elaun kan banyak kalo dok pedalaman. member aku penah ngajar kat area gusai, pahang. dalam sebulan tu takde letrik dalam 2 minggu tu dah jadi benda biasa. takut aku mendengar cerita tersebut.

Zety Zainal said...

min
maksudnye aku kene kawin kurang 2tahun dari sekarang!kah3

tp takde calon.terus sedih.haha

Zety Zainal said...

parkair
memang ade elaun tapi aku rase still tak dapat cover kesusahan duk pedalaman.

memang takut woh~

Amira is mira said...

aku pun terus terbeliak ble bace.
takot2 bakal laki aku kene posting kat pendalaman.haha..
ader calon ke?

Zety Zainal said...

mira
kah3.takde weh!tu pasal la aku rasa pasrah je kalau itu takdirnye aku kene gi kawasan pedalaman

haha~

ayumiyoshida said...

mak cik aku tak kawin ag, lepas blaja posting terus kat pedalaman sabah. hari guru tak ada sambutan pun.
sekolah kecik, facility kurang,tak pandai membaca.
tapi aku bangga weh ada guru muda seperti beliau.
dengar cite dia buat aku rasa nak mintak posting kat hospital kat bahagian sana nanti.

Zety Zainal said...

dayah
aku rase jurang pendidikan bandar dgn luar bandar still ketara lagi lah.tu yg jadi cmtu.

tapi aku rase kalau nak pegi rural area ni yg penting kene hati ikhlas la kan.

Ruby said...

zety, aku rasa ko kne kawen sblm posting...aku juga perlu kawen sbelum posting....maknanya...kita perlu kawen sebelum postingggg!!!hahaha...


kalau dpt pedalaman kat smnanjung aku pasrah lagi...tapi kalau sabah dan sarawak???jauhhhhh sngt dperantauan...x sangguppp makkk!!!

ayumiyoshida said...

hmm..
tu lah..
hati kena ikhlas..
kalau main paksa2 ni
apa pn x jadi..
nanti x tercapai jugak matlamat pendidikan.
so better mengajar kat bandar dgn iklas n jd guru yg baik dari mengajar kat pedalaman tp tak menyampaikan pun apa yg sepatutnya.
terpulang pd individu.kan..

Asfan Ash said...

pasni aku nak kawen!!!ahhh takot gile hahahhaha

ain fathihah fhm said...

salam zety. hehe

aku rasa, isu guru baru kna mengajar di pendalaman, tak patut jadi isu pn.

kalau ikhlas, tak kisah la mengajar di mana pun kan..

daripada guru2 terancam di bandar, kes kena saman dgn parents, kena tampar dgn pelajar,

baik pi ngajar pendalaman...

dgr cerita, pelajar pendalaman mg lebih hormat guru..

tp, klu dah cnfirm kt sek pendalaman tu ada guru muda yg bujang dan kacak,

jom zety! jom. haha

Zety Zainal said...

ruby
tu ah.kalau sabah sarawak ni mencabar skit.ape tggu lagi?pi bincang tarikh kawin cepat!haha

dayah
betul gak ape yg ko ckp tu.so yg paling penting skrg aku tgh meng ikhlaskan hati sbgai persediaan :)

arc
aku pun. haha. ko pinang la mane2 awek nz ,bwk balik malaysia :)

ain
tau takpe weh. dan aku rase nakal budak bandar dgn luar bandar ni lain. mungkin sebab environment kut?

haha. cikgu bujang, muda dan kacak, tunggu kami ye. haha!

Muhammad Ijam said...

kt pedalaman maybe kurang aja die style lain mcm... hehe

Zety Zainal said...

ijam
nakal yg mungkin dalam kelasnye yg tersendiri. hehe

al_madd said...

kesian yang kat perempuan la..huhu