Tuesday, March 30, 2010

anugerah persahabatan

huhu. mintak maaf pada tuan pemberi award ni [rafizan]. dulu asik dok bertangguh lama-lama terus lupa. sekarang baru ingat balik. tapi takpe lah. huhuh. serba salah la pulak. ape pun, thanks again. 


Anugerah Persahabatan


anugerah ini aku tujukan kepada sesiapa saja yang menganggap aku ni sebagai rakan mereka.jadi kawan-kawan, feel free to grab this award. tapii. huhuh. matilah kalau takde siape grab award ni, maksudnye takde siape anggap aku ni kawan mereka? haha tak kisah la. yang penting aku tahu siapa kawan, siapa lawan. 

ade sedikit ucapan dari pemberi award (walaupun copy dari mana tah)

our friendship is like butterfly,
since we were caterpillar,
we grow our friendship with love, joy and happiness,
which bring us closer and closer,
our friendship will be just like butterfly,
full of colors,
and will be remembered forever..

sumber: google

anugerah blogger cantik

sementara aku tengah rajin menyelesaikan segala hutang entri berkaitan tag dan juga award, adalah baik juga kalau aku selesaikan semua sekaligus.

Anugerah Blogger Cantik


1. ehem. sila jangan cakap aku manusia yang perasan cantik. terima kasih pada ruby yang memang tahu menilai erti kecantikan diriku ini. haha. blah la si perasann. ruby, sila jangan muntah sekarang. nanti abis keyboard kau berselepet dengan muntah hijau. hahaha. 

2. seterusnya acara mempassing award. dengan ini saya menganugerahkan anugerah ini kepada.........dengan ucapan:

a)rafizan: sori weh. aku lupe nak amik award yang dulu tu.
b)mira ayon: sila lah rajin2 bertandang ke blog aku. sombong ah sekarang.(pesan utk diri sendiri juge)
c)pika sair: terima kasih sebab tag aku. haha
d)aimy yasmin: apesal kekerapan kau update blog semakin berkurang?
e)dayah sharif: sama2 la kite berdoa supaya ouran ade live action ek?

3. dan acara kemuncak yang ditunggu-tunggu. 7 perkara tentang penerima award.(perasan lagi)
-akan bercakap bila perlu saja
-kalau takde bende nak cakap, senyum je cukup
-kemalasan utk ke kelas semakin menjadi-jadi
-menyampah dengan lelaki gedik. rase nak lempang!
-lagi 2 tahun nak grad! woohoo!
-anak jati johor
-pernah belajar di kedah,selangor dan perak.

thanks again!

p/s: peraturan menerima award. 1)ucap terima kasih dan linkkan kepada pemberi award 2)pass kepada bloggers lain dan 3) state 7perkara tentang penerima award.

tagged!

dengan segala hormatnye aku menyelesaikan tag dari pika sair.


1. adakah anda rasa HOT?
tak. hujan lebat nihh.

2. upload wallpaper laptop yang anda guna sekarang!










3. cerita pasal gambar ni
hitam itu kan gaya, mutu dan keunggulan. haha. desktop aku memang selekeh. yang paling menyampah sekali, notification window tak genuine kat bawah tu.

4. kali terakhir makan pizza
minggu lepas. lepas habis test je, zasss! terus serbu pizza hut.  >_<










5. lagu terakhir anda dengar?
if we ever meet again (timbaland ft katy perry)

6. apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?
main social city kat FB. skodeng entri baru kat GB

7. selain nama sendiri anda dipanggil nama ape?
zety, zetysh, anun(family saje),leya(haha!). siapa panggil liyana/yana, tak layann ok.

8. tag lagi 5 orang
a)katy perry
b)robert pattinson
c)fairuz fauzi
d)lady gaga
e)uchi hiroki

9. katakan sesuatu pada (e)
uchi hiroki, kapel jomm? (matilah, muka kontra abis!)

10. (c) ade hubungan dgn siapa?
err. tony fernandez. hubungan bos-pekerja eh. dush! (go F1 lotus team!)

11. bagaimana pula dgn (b)
ish. jangan la tanye. malu i tau. hik hik

12. kata-kata cinta utk (d)
oii sila pakai seluar selalu! huduh tau tak?

13. berikan 5 perkara tentang org yang meng tag anda.
-kawan sekolah rendah aku.
-dulu selalu round satu felda sesama.
-suke gile kat kucing.
-amik cos marin. mane tahu dapat cari spesis kucing laut.comel jugak kan?
-macam dah gatal nak kawin je aku tengok. (merujuk pada profile picture FB beliau). ha ha ha!

p/s: sesiapa nak jawab?dipersilakan..

Friday, March 26, 2010

Dear Aina Yasmin & Muhamad Adam Zafran,




plis plis plis. kamu jangan nakal. 

dah lama tak tulis pasal si kecik berdua ni. sekarang dah makin besar dan makin banyak kerenah. pantang jumpe, tak sah kalau takde scene rebut-merebut barang. tapi selalunye adam la menang. boys kann. paham-paham je lah *yawn* 

dan juga mesti ade scene joget lambak bersama. pernah makcik die yang tua ni pun join sekaki jugak. oh sangat buruk ok bila ade 1 figura berketinggian 150++ cm berjoget dengan 2 figura yang berketinggian tak sampai pun 1 meter.



yasmin: memang dah pandai cakap sikit tapi yang simple-simple je lah. 

aku : teng teng teng - aku sedang menyanyi ikut melodi muzik. 

adam: tak pandai cakap lagi tapi hantam sajalah. janji ade bunyi keluar walaupun hanye arammaaraamaa gaga ulala  watch out bad romance. eh lari topik. 
ok lah. bye!

p/s: aina yasmin & adam zafran, we love you!

Friday, March 19, 2010

kucing, akademi fantasia dan facebook

salam. entri kali ni style rojak dan berunsur hiburan duniawi semata-mata. oh ye. dan juga tak berapa berfaedah. (macam la entri lain berfaedah sangatt)


1. tak suke la line up fabulous cat sekarang. suke farhana yg dulu tu. style habis. suara best pulak tu. comel pun iye. tadi mase dengar lagu cinta kosmik dalam bas, aku cuma ingat suara yg indo tu je. (tone suara penyanyi indo memang lebih kurang je ek?) suara yang lain aku rase mcm tenggelam ke dalam lautan sepi je. nak nak suara zizi AF tu.  eee tak suke!


2. tiap kali mula season AF mesti cakap "alah AF lagi. bosan ah!"  tapi mesti akhirnye tengok jugak. ni mesti sebab aritu gatal pi tengok konsert tirai AF. untuk musim ni i sokong iwan chew ok! so kesimpulannye aku rase aku dan AF ade some kind of love-hate relationship lah. walaupun aku rase bosan tapi tetap nak tengok juga. kenapakah?



haa comel je kan iwan chew? sekali pandang macam zahiril adzim pun iye. patut la aku suke. haha. eh over pulak.

3. sekarang kan banyak betul fan page haters kat facebook. lepas artis, wartawan pulak jadi sasaran. haa elok benar la tu. ape la nak jadi. semua pun kau nak benci. haih. aku rase facebook ni dah makin tah pape je la. eh tapi bukan salah facebook tu pun, tapi user yang salah guna. kite ni mengutuk mencaci memang nombor satu. padahal benda tu takde kaitan pun dengan hidup kite. yang kite nak bising-bising tak tentu hala tu kenapa?

4. lagi pasal group di facebook. antara group yang tak semenggah aku jumpe ialah belia benci perempuan gedik, belia benci perempuan tak tutup aurat, belia benci semua bende lah. takde yang belia tak benci. yang aku paling tak suke tu, dah la mengutuk je keje nye, pastu suke hati je tepek gambar orang (yang dirasakan gedik) pastu kutuk kaw2. eihh macam bagus sangat la. entah2 orang yang kau kutuk tu, hati die seratus kali mulia dari kau tau?

5. haha. banyak la pulak nak membebel. ingat sikit je tadi. ohoii aku copy ni dari group alumni sekolah aku kat facebook.

 tp nyh bgmbo ;lme sek ke....ybuk nyh gmbo sek wk2 ite f1 kn






sumpah aku tak paham. ade sape terer tolong translate? bahasa remaja sekarang memang camni ke? terasa tua pula diri ini...

Tuesday, March 16, 2010

jadual exam yang sungguh tak best.

salam. jadual exam dah keluar. huk huk.


1FIK3042English For Communication II20/04/201009:00 AMTMNU 171
2KPP3014Pengurusan Pembelajaran20/04/201002:30 PMSITC11
3SBV3013Ekologi24/04/201009:00 AMTMNU 3845
4KPS3014Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar03/05/201002:30 PMTMNU 282
5SKU3013Kimia Asas I04/05/201009:00 AMTMNU 1913
6SKL3013Chemistry Laboratory Management Techniquies 
7CUC2021Kelana Siswa II 


lambatnye abis exam! orang lain 24/4 dah abis. ok. bye. huk huk

Monday, March 15, 2010

Ryu: hero sepanjang zaman


tadaa! inilah die hero aku sepanjang zaman. siapa tak kenal die ni memang sah tak pernah layan game street fighter.

kalau sesiapa yang tak pernah main street fighter, tak silap aku lah, selalunye setiap fighter dalam game tu ade cerita die tersendiri, ape tujuan mereka join World Warrior Tournament tu.

oleh sebab aku dah pernah menang (cewah!) so aku tahu la cerita pasal Ryu ni. tujuan die berlawan adelah semata-mata untuk memperkuatkan diri dan teknik berlawan. practice makes perfect, people! lepas Ryu menang lawan dengan semua fighters, die blah dari gelanggang dengan penuh bergaya (jatuh cinta jap. haha!) sambil berkata

ceremony means nothing, the fight is all -Ryu

sikit pun tak kisah pasal hadiah dan populariti. lepas menang ke mana die merayau pun tak tahu. nak berlawan je keje nye? eh tapi aku sungguh tak suke time kene lawan dengan Chun Li ataupun Cammy. rase dayus pulak pukul dan men-abugit perempuan. haha

ryu and his special move: abugitt!

ok lah. cukup pasal dunia fantasi. sekarang ni aku tengok ramai orang kejar populariti, ramai orang kejar kekayaan. tapi budi bahasa, nilai murni, adab sopan? tercicir tu bang, kak, dik. jangan lupe bawak sekali weh! nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. biar miskin harta tapi kaya budi bahasa (cewah)

oh ye. berkenaan entri lepas, hey si gadis yang ayu, aku saja off comment sebab..sebab..sebab..tak mau kot kot ade orang condemn aku. haha!

ok bye!

p/s: kalau main pakai Sagat, die ade special move yang mana setiap kali die tumbuk die akan cakap 'tiger uppercut'. tapi mase kecik-kecik dulu aku dengar die cakap 'tiger opocot'. sumpah pekak weh!

situasi yang aku sungguh tak gemar

salam. seperti biasa, aku turun bas di hentian pudu raya dengan muka mamai macam nak mintak disepak akibat dari ketiduran sepanjang jalan dari tanjung malim ke kuala lumpur. seperti biasa juga, hentian pudu memang tak pernah tak ramai orang -_-"

mat jual tiket: dik, nak ke mana dik?
aku: (geleng kepala. macam aku tak tau kau nak jual tiket kat aku.)
mat jual tiket: abang nak tanye je
aku: takpe2 (sambil menambah kelajuan gelengan kepala. heh. aku tayang tiket aku kang!)
mat jual tiket: NAK TANYE JE!

ek eleh. lu apahal nak tinggi2 suara kat aku ni? aku dah ade tiket ah! tapi sebab aku sopan, aku jawab

aku: johor.
ape: eh dik, sekarang ade tiket ni. meh, johor sekarang (terus jadi sopan sambil nak tunjuk jalan)

cis. tadi kata nak tanye je. pastu nak jual tiket. apehal pulak?! dah la tengking2 orang. aku kasi makan kasut Bata ni kang. baru kau tau.

er. tapi takpelah. nanti kene beli kasut baru plak. leceh!

ok bye!

Thursday, March 11, 2010

hey si gadis yang ayu!

salam. haih la. malas sungguh nak buat keje. geram ah. lagi menyampah bila rasa rajin tu datang tak bertempat. contohnye rasa rajin basuh baju datang pade waktu 12.30 malam. kadang tu bila tengah banyak assignment nak kene hantar esok tetiba rajin nak mengemas bilik lah, lipat baju lah, kemas almari lah. tak nak pulak rajin tu datang masa tengah takde keje. hampagas betul lah!

eh membebel pulak di siang hari. oh ye. sekarang aku tengah dok melepak kat youtube siang malam (macam takde keje lain!) sebab nak tengok drama Yamato Nadeshiko Shichi Henge aka The Wallflower. dulu aku pernah buat review pasal cerita ni tapi versi manga (klik sini kalau nak tahu jalan cerita). wah tak sangke ade cite ni ade live action. hahaha suke suke.



oklah. kalau diterjemahkan maksud yamato nadeshiko tu ke bahasa malaysia ialah wanita sempurna. dalam english pula perfect lady. dalam cerita ni perfect lady digambarkan sebagai perempuan yang serba-serbi tahu mengurus rumah. jadi sempurnakah anda gadis-gadis di luar sana (dan di sini juga)?ade beberapa persoalan yang menghantui kepala aku.(hantu soalan atas kepala?)

1.mencuci pakaian
aku selalu dikatakan pemalas sebab basuh baju guna mesin basuh. yeke pemalas? eh kalau kat rumah sendiri, kau basuh baju guna mesin basuh jugakan? tak tahu la pula aku kalau ade yang masih duduk berkemban tepi sungai sambil menyanyi-nyanyi sambil melibas baju di atas batu. ade ke? jadi ape bezanya kalau di kolej, di asrama? ok, ade beza sebab kat rumah free tak payah masuk duit syiling. tapi teknologi ade, tak baik disia-siakan. kalau aku tak basuh baju langsung tu lain lah. 

2. memasak.
aku ade la skill sikit2 bab masak memasak ni tapi aku malass. roomate aku ade ajak kongsi periuk nasi la, beras  la, telur, sayur dan mcm-mcm lagi lah. tapiii tu lah. malas wehh nak masak. beli je kan senang. perut sendiri je pun. dahla banyak keje weh. tak kuasa. yang penting mesti tahu masak, malas rajin belakang kira!
tapi perhatian! wanita yang sudah, ingin, bakal berkahwin sila jangan ade pemikiran sebegini ye?anda mesti kene rajin sebab yang nak makan bukan perut anda je.

3. tido
ok ni selalu sangat dengar. anak dara tak baik bangun lambat. anak dara itu anak dara ini. tapi kawan aku kata zaman anak dara ni la nak tido sepuas hati. time dah kawin, dah ada anak nanti kau ingat boleh nak membuta sesuka hati? betul juga tu? gadis-gadis pun perlukan rehat yang secukupnya. haha! tapi sebenarnye tak elok kan tido lepas subuh T_T



jadi macam mana ni. sempurna ke? aku dah sah-sah la tak. itu belum cite bab akhlak, perilaku lagi. sebab tu mak aku suruh belajar dulu dan pegi posting ke pedalaman selama 3 ke 4 tahun untuk memperbaiki diri sendiri (cewah!)

baru la boleh letak hantaran tinggi (haha). ini tak. masak tak reti. hantaran nak tinggi. nanti perut berbunyi-bunyi. akhirnya suami lari.

ok bye!

Wednesday, March 3, 2010

guru bujang wajib ke pedalaman?

salam. oh oh. headline Utusan Malaysia hari ni memang berjaya membuatkan mata aku terbeliak. nasib tak terkeluar biji mata dari soket mata.


KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan akan menimbangkan untuk mewajibkan semua guru bertugas di kawasan pedalaman antara tiga dengan lima tahun daripada tempoh perkhidmatan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan sasaran untuk menyahut cabaran itu ialah guru-guru yang masih belum berkeluarga.

berita penuh: utusan malaysia online


aku penah la sembang2 dengan kawan pasal isu posting pedalaman ni. rata-rata semuanye nak posting kat kampung sendiri. ade tu siap nangis2 bile lecturer tunjuk video cikgu yg bertugas di pedalaman sabah. dan2 terus meraung 'taknak taknak' (ok ade sedikit hiperbola di situ).

punye la payah nak ke sekolah. yang suke ponteng kelas tu sedar la sikit

yelah,tengok cikgu dalam video tu dahla duduk pondok sorang2. takde elektrik. kalau ade supply pun memang limited lah, untuk lampu je. kalau namenye nak hadap laptop main facebook, blogwalking etc memang tak dapat ah. kawan yang tengok video tu pulak jenis yang jiwa jiwa. mane la tak menangis. aku rilek je walaupun dalam hati Tuhan je yang tau. takut jugak woh! itu belum lagi part prasarana sekolah yang terhad, pengangkutan nak ke sekolah (kene daki gunung,naik rakit) dan sebagainye.


tapi ade jugak bestnye posting kat pedalaman ni. kite kene la fikir positif sikit kan. kene tengok sisi cerah jugak. mase aku pegi program khidmat masyarakat kat Pulau Tioman dulu, ade lah aktiviti bersama pihak sekolah. Rata-rata cikgu2 sekolah tu memang muda dan hensem. ok fine. bukan tu pointnye. Masyarakat sana memang friendly habis dan memang kita tak terasa yang kite ni adelah strangers dalam kampung mereka. student kat situ pun mcm baik2 je.(aku sempat interviu sorang dua student. memang berbudi bahasa tinggi).tapi aku tak tahu la dekat kawasan lain. pada aku..ok kot?masa muda2 belia ni la nak cari pengalaman kat tempat orang. 

mula-mula memang la tak biasa. tapi sampai bila nak duduk dalam zon selesa je?

p/s: tapi aku tetap terfikir..kalau lah aku kahwin sebelum grad..mungkinkah aku tak perlu ke kawasan pedalaman?

update: ok fine. kawin cepat pun tiada guna. tetap kene pergi jua