Friday, August 27, 2010

drama minggu ini

membaca amalan mulia

bila dah baca buku ke 3 Twilight Saga, aku rasa banyak momen-momen WTH sepanjang aku membaca. si Bella tu sanggup jadi pontianak (jibam-jibam) semata-mata nak kawin dengan Edwak Kuleng? habis tu Charlie, Renee, kolej, tak penting ke? orang melayu cakap, untung seguni rugi segantang. konon-kononnya nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan. buang emak, buang saudara,(buang jacob jugak), kerana kasih hamba turutkan. Wth?

lebih baik aku baca buku la tahzan gadisku. ada (dan banyak) jugak faedahnye.

ketawa hodoh

ok,bnyk kje nk raya, mcm buzy org nk buat kuih raya je..hins..hins - abang ady

hins hins? ape kejadahnye tu? dah banyak kali dalam mesej abang aku tulis camtu. aku andaikan itu ketawa, gantian kepada haha. kalau macam tu la, banyak-banyak ketawa, aku rasa ketawa abang aku yang paling hodoh sekali. wuahaha! (hari raya nanti aku MESTI mintak maaf)


Titik mengigau

Masa nak tunggu budak berdua tu bersiap nak pegi iftar dan majlis tahlil dr. husni dan dr. haniza, aku baca la buku sikit, tapi entah bila aku terlelap. Tiba-tiba,

“Weh zety, bangun, jom pegi. Dah lewat ni.”

“Hah? Ko cakap nak buat titik?” Aku jawap, separa mamai.

“Titik? Titik ape ni ko ni?”

“Titik la. Titik. Dot.” Masih lagi mamai.

“Ape ko nii? Titik ape?” muka member dah confuse. Muka nak marah pun ada.

tetiba dalam hati aku tersedar, ape benda yang aku dok mengarut titik titik ni? akhirnya aku jawap,

“Err, takpelah. Tunggu jap, aku pakai tudung.”

Moral cerita, janganlah tidur lepas asar. Memang mewarisi kegilaan.

jadual exam

oh oh jadual exam dah keluar. walaupun 3 paper je tapi lebih dari  cukup untuk membunuh dan terbunuh!






p/s : dah nak cuti ni keje bukan makin sikit.



3 comments:

ain fathihah fhm said...

pengkomen setia dah sampai! hehe.

jadual exam sangat WTH!

Rafi Samian said...

huhu..biostat!!subjek paling senang bagi saya sem lepas!!

Zety Zainal said...

ain: dengar kata diorang mintak rearrange.

fizan: sebenarnye aku benci math

i feel numb. but when i see numbers, i get numb-er. aha.