Friday, August 20, 2010

drama kehidupan kampus

masa

berlumba dengan masa memang memenatkan. kita setengah mati terkejar-kejar masa, dia rilek je berlalu meninggalkan kita. hampeh punya masa!

hoi minggu depan dah minggu 7. maknanya semester 5 tinggal lagi separuh sebelum nak masuk semester 6. tapi aku belum buat apa-apa aktiviti yang produktif. ape nak jadi?

PTPTN

hoi susah betul nak mintak duit orang ni. heh, pinjam je pun. segala mak nenek dokumen habis dimintaknye. dah macam tak cukup tanah aku berjalan ke sana ke mari nak  kuruskan   uruskan cop itu dan ini. patutlah sampai ade yang menangis-nangis. eh, aku tak!

teringat masa kecik-kecik dulu, kakak aku cakap PTPTN tu maksud die Pulau Tempat Penyamun Tengok Nasyid (PTPTN). hahah. kejadah ape tah?


bas 

setiap kali bas datang, semua orang jadi gila. dah jadi macam medan perang, padahal nak naik bas je pun. rahsia nak berebut bas bukan tolak orang la ngok. buat sakit badan, sakit hati je. cara yang betul dan efektif ialah menyelit. ejas la posisi badan tu biar kau yang ke depan. haih, keganasan tidak dapat menyelesaikan apa-apa ok?

abang hensem berdua (abang ke? tah tah junior. lantaklah, umur aku 20. muda lagi apa?)

tengah aku berjalan macam tak cukup tanah, eh, dari mana pulak 2 orang mamat ni muncul jalan depan aku. terpaksalah aku perlahankan kelajuan berjalan. wah, galak bersembang. siap ketawa sengih-sengih. isk, aku nak cepat ni. tiba-tiba orang depan berhenti. pandang belakang.

bapak ah. aku ade jerit mintak laluan ke? ah, aku nak cepat. cakap terima kasih pun dalam hati. tapi sempat juga aku senyum. tapi aku ada terdengar perkataan 'lajunye dia jalan' dan 'tak puasa'. erk? tapi terima kasih lah. bila aku masuk ofis HEP, terus dia kunci pintu, tutup kedai. fuh, awal beberapa saat je. kalaulah abang berdua tu tak beri laluan tadi...

4 comments:

Aimy Yasmin said...

wehh tak pose rupenye.. hahahaha

ain fathihah fhm said...

hahaha.. sonok baca update kali ni..paling suka bab berebut bas!

velasrizal said...

teringat zaman i blaja dulu..lbh kurang gak..

Harga Kuih Muih Terkini !

Zety Zainal said...

min
jangan percaya cakap abang berdua tu. haha

ain
tapi aku tak sukaa berebut bas

velasrizal
yelah kan, masa ni rasa terseksa tapi
bila dah jadi kenangan baru terasa manisnya