Wednesday, November 3, 2010

lelaki-lelaki ini

sebagai peminat tegar drama series seluruh dunia, banyak juga la siri-siri yang aku ikuti. mestilah semua best-best, kalau tak buat ape aku tengok berbelas episod? sebagai seorang perempuan yang berorientasi lurus, maka tercipta lah senarai lelaki-lelaki kegemaran yang menduduki carta hati ini. cewwahh! 

5. Jonathan Groff


Jesse St James from Glee. walaupun perangai dia hodoh dalam Glee, tapi aku tetap suka Jesse sebab he has the best voice among others. lagipun dia terpaksa je jadi jahat sebab nak protect ego dia dalam Vocal Adrenaline, padahal dia memang dah suka kat Rachel. lagi satu, sweet smile, curly hair macam tu, who can resist? ala, tapi in real life, gay la pulak! 

4. Farid Kamil


Farid Kamil. perlukah diterangkan dengan lebih lanjut? tengah muka berdarah-darah macam tu pun tetap hensem. err sebenarnye rupa paras ialah bonus. yang penting aku suka dia sebab kalau nak bandingkan dengan lakonan pertama dia dalam Cinta Kolestrol dengan filem-filem dia sekarang, amatlah jauh perbezaanya. mula dari zero dan kemudian improve menjadi semakin baik dan semakin baik. say yay to FK. oh, ini facebook dia, dan ini blog dia.

3. Hiro Mizushima dan Ikuta Toma

Hiro Mizushima 


Ikuta Toma

Nanba-senpai and Nakatsu from Hana Kimi.  hah yang ini tied. dua-dua aku suka sebab er rupa of cos lah. hii tapi susah betul nak cari gambar meka yang tak jambu sangat. kalau orang lain sibuk dengan scene korea diorang, aku lebih suka scene jepun. tak tau la. mungkin sebab nostalgia zaman kanak-kanak dulu. membesar dengan cerita GTO, power office girl, beach boy dan lain-lain. oh dan lagi satu, aku suka meka berdua ni . kalau tengah sengal, sengal betul. kalau tengah frust, frust betul.kalau tengah serius, aku pun ikut serius juga. they are full of emotion and the emotions are executed well. tak macam pelakon entah dari mana tuu. kayuu je. baik aku tengok pokok.

2. Scott M. Foster


Cappie from Greek. ooh i love Cappie. aku rasa kalau watak Cappie takde dalam Greek, sungguh la tak best. yelah, main plot Greek kebanyakan berkisar tentang competition antara sorority dan frat house. mesti intense gila. dia dengan nasihat-nasihat dia yang macam tak berguna, tapi sebenarnya berguna, memang kelakar. walaupun selalu kene kutuk dengan orang, dia selamba je. dan lagi satu, he's a good leader too. walaupun gila-gila, tapi bila dia perlu lead, dia akan lead dan sebab tu lah the whole house respect him. 

1. Zachary Levi


Chuck Bartowski from Chuck. semalam satu malam aku melepak youtube, cuba-cuba mengenal Zach Levi. haa inilah hasilnya. oh i'm in love with Zach Levi. on screen and in real life. pfft. geli je nyah. walaupun semua episod Chuck aku dah rerun at least sekali lagi tapi still aku akan ketawa juga. tapi siriyesly, aku rasa Chuck itu macam watak sebenar dia. tengok pics dia bercuti kat Paris, rileks serabai gitu je. takde pun kecoh-kecoh bergaya diva. aktiviti masa lapang, main Guitar Hero and other video games. sounds familiar? he's funny, goofy and nerdy, not to mention his big grin. and oh ya, he has a great voice too!



sekian dari saya, apalah makna hidup ini jika tak menggatal sekali sekala.