Friday, October 10, 2008

p.o.l.i.g.a.m.i (?)

er..lately aku xtaw nape clasmates aku ske sgt discuss psl kawen2 nih..hot topic dlm discussion board..hoho..de 1 topic psl poligami..aku ske nk tunjuk kat diorang psl keratan akbar psl pak mat yg kawen 4 tu..mungkin sbgai contoh lelaki yg gigih?er..bkn la aku sokong pe yg die wat ni..tp press tulis mcm pakmat ni hebat..takut plak nnti sume suami2 org terpengaruh ikut nk kawen 4..hoho..ape pun..pakmat..feymes ye anda?

Hasrat Bang Mat kahwin ke-4 tangguh lagi

KUALA TERENGGANU 18 Mei – Perancangan seorang pemandu lori berusia 57 tahun untuk berkahwin kali keempat Jumaat ini tidak kesampaian apabila Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang mendengar perbicaraan permohonan poligami lelaki itu hari ini menangguhkan keputusannya.

Hakim Shaikh Ahmad Ismail meminta Mohamed Nor Awang (gambar) dari Kampung Tok Fakir, Merchang di Marang dekat sini datang semula ke mahkamah 5 Jun ini bersama saksi-saksi yang dapat menyokong kemampuannya untuk beristeri empat.

Beliau membuat keputusan itu selepas tidak berpuas hati dengan keterangan Mohamed Nor yang sudah mempunyai tiga isteri, memohon berkahwin dengan kerani, 34 tahun.

Pada akhir perbicaraan selama satu setengah jam, Hakim Shaikh Ahmad berkata: “Saya boleh membuat keputusan hari ini tetapi keputusan saya bergantung penuh kepada keterangan yang diberikan oleh Mohamed Nor dalam mahkamah. Kalau Mohamed Nor tidak mahu memberi kerjasama, saya tidak boleh luluskan permohonan berkahwin lagi.”

Beliau berkata, mahkamah akan memberi peluang kepada Mohamed Nor untuk menyediakan saksi-saksi bagi mengukuhkan lagi keterangan mengenai kemampuannya dari segi ekonomi untuk berkahwin lagi.

Terdahulu, Mohamed Nor yang memiliki 18 orang anak ketika membaca afidavit tambahan permohonannya untuk mengahwini isteri keempat berkata, beliau sebenarnya berpendapatan RM3,500 sebulan dan bukan RM1,500 seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Menurutnya, pendapatan tersebut adalah hasil daripada kerja mengangkut kayu getah dan getah beku dengan lori selain membaiki kereta dan motosikal.

“Selain itu, saya bersama isteri ketiga, Noraini Daud, 40, mempunyai pendapatan tambahan daripada kebun getah seluas 2.4 hektar selain isteri pertama, Wan Rukiah Mat Yusof, 50, memiliki kebun kelapa sawit seluas 0.8 hektar,” ujarnya.

Beliau turut menyertakan buku akaun bank isteri-isterinya sebagai bukti.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis lepas mengarahkan Mohamed Nor mengemukakan afidavit tambahan bagi menyokong permohonannya berpoligami walaupun ketiga-tiga isterinya memberi kebenaran untuk berbuat demikian tanpa syarat.

Pada perbicaraan pagi ini, ketiga-tiga isterinya hadir di mahkamah bersama bakal isteri keempat.

Bagaimanapun, sepanjang berada di luar mahkamah, tunang Mohamad Nor itu sentiasa menutup muka bagi mengelakkan wajahnya dirakamkan oleh jurugambar akhbar.

Pemandu lori yang sentiasa tersenyum itu memberitahu mahkamah, beliau memberikan wang RM700 sebulan, sebuah rumah dan sebuah motosikal untuk kegunaan setiap isteri dan 10 daripada 18 anaknya yang masih bersekolah.

(credit to : pinkturtle2.wordpress.com)



No comments: