Wednesday, July 28, 2010

selamat tinggal kenangan

sekarang, aku akan pergi.

dan aku menganggap kita tak pernah berjumpa. kita tak perlu berjumpa di awalnya. dan kita tak patut berjumpa. aku tak patut berada di situ. itu bukan tempat aku. tapi aneh. malam itu, itulah aku yang sebenar. itu semua satu kesalahan. aku tak patut tunjuk diri sebenar aku pada kau. kau bukan siapa-siapa pun.

kau bodoh. kau tak guna. kau terus pergi. memang tak guna satu sen pun. kau ingat bagus bermain dengan hati dan perasaan orang?

aku tak tahu kenapa kita dipertemukan. dan sejujurnya aku tak pernah ingin pertemuan itu. kerna selepas pertemuan itu, kita takkan pernah bertemu di suatu titik yang sama.

kata orang, patience pays. tapi kalau ia memang bukan milik kau, seribu tahun kau sabar pun tetap tak pays jugak.

selamat berhidup bahagia sayang, selamat tinggal kenangan!