Showing posts with label articles. Show all posts
Showing posts with label articles. Show all posts

Thursday, March 12, 2009

friendster oh friendster!

LOL..ahhaha..tergelak aku bace..ade some parts terkena kat batang idung
aku..haha..ironinye..aku copy dari grup kat fs gak..dan yg post pun pengguna fs gak..tp aku rase beliau dah sedar..ahahaa..aneh..


10 jenis orang yang main friendster
Berikut adalah 10 jenis orang yang main friendster : -

-Sukakan ikhtilat (pergaulan) lelaki dan perempuan.
Kalau dah dalam friendlist tu ada campur laki pompuan, tak ke namanya ikhtilat tuh? Dah tu siap berbalas-balas testi lagi apa kejadah? "kaifa haluk", "ukhwah fillah abadan abada", "i love u, u love me". Abah engkau! Siap buat group-group 'usroh' la, 'dakwah' la, 'ukhwah' la. Alih-alih aku tengok dalam forum cerita benda-benda bangang jugak. Cintan-cintunla, cinta islamik la, mee cintan la. Benda-benda ilmiah tanak pulak bincang. Kepala hotak berjambul betul.(haha..yeke..aku xpenah plak join grup2 camtu)

-Pembohong, penipu, kaki auta. 
Aku rasa orang paling kuat menipu kat dunia ni orang main friendster la. Pasal apa? Umur baru darjah 1 tak sedar diri tulis 25 tahun(lol) Yang muda perasan nak mampus tua, yang tua nak mampus perasan muda. Tak ke pembohong namanya? Gatal tulis status married padahal belum kahwin pun. Tak pun tulis it's complicated la konon nak jaga ikhtilat. Kepala dia! Tu belum lagi favourite book, movie dan benda-benda alah lain. Tah betul tah tidak. Dengan sajak-sajak bodoh lagi kat about me. Tah pape tah.

-Suka show-off. 
Asal pergi melancong kat mana-mana mesti nak upload gambar. Walaupun tempat pelancongan tu hanya batu-bata, asal boleh nak upload gambar. Lagi la kalau jalan-jalan kat tempat yang cool macam europe ke turki ke apa-apa la. Bajet best la. Kalau tiba besday dia lagi la nak show off. Habis semua dia tayang dari kek besday sampaila hadiah besday. Apa kejadah tah. Ingat best sangat la besday dia. Boleh blah! Kalau upload gambar buku, meja, pensel, bilik, katil dan lain-lain objek bangang lagi la cam bangang(haha..sukati la nk upload pic ape pun..tp aku x de la upload pic cmtu..stakat pic gi melancong ke ade xtvt kat uni ke..ok la tu kan)

-Bajet cun/hensem. 
Tunjuk gambar sendiri dengan pose-pose tertentu (yang dia ingat dah abis cun/hensem). Pastu edit sikit-sikit guna photoshop supaya nampak cool. Kalau dah hodoh buat la cara hodoh. Kalau cun/hensem pun, tak yah la nak berlagak nak mampus. Orang putih kata "Beauty is only a skin deep". Kalau aku toreh muka tu dah tak cun dah. Yang tak tahan tu amik gambar depan cermin. la, tengah tido la, buat gaya L kat dagu la. Hek elehhh....bajet cool je(lol..tu namenye confident la ngeng..bagus la tu..bangga dgn ciptaan Ilahi)

-Nak cari kawan/ kapel. 
Sepanjang obvervation aku, aku tengok orang main friendster ni ramai yang sebenarnya alone, takde kawan kat dunia realiti. Pakwe takde, awek takde kawan pun takde. So dia guna friendster nak cari kawan/kapel. Tengok mamat ni hensem sikit atau islamik sikit, mulala dia nak add. Tak pun tengok awek sorang ni macam cun je atau cam muslimah solehah ukhwah fillah, mula la gatal tangan nak add. Hek elehh kat friendster berani la kau. Kat luar kecut. Oi, nak cari kawan cari yang realiti la. Apa jadah kawan friendster. Anytime boleh add anytime boleh delete. Takde nilai perkawanan langsung. Sampah.(yang ni aku agk stuju..aku nk tambah..asal boleh nk add..kunun dlm fren list nk 1000++ kwn..hebat la tu..tp aku ade sahabat baik dlm fs gak ape..tp sahabat yg lain tu sekadar add je..kalu mcm xschoolmate ke ape ke boleh la jugak trime..ni yg xkenal tetibe add..tah ape tah motifnye)

-Suka crappy material. 
Nama je muslim, tapi suka benda-benda sampah. Forward emel-emel bodoh. Konon taktik keji orang kafir tapi senanya dia sendiri yang keji forward emel bodoh. Then, suka survey-survey things kat bulletin. Apa jadah tah tah survey diri sendiri. 'Pakai baju kaler ape?', 'Tengah buat apa?', 'Kali terakhir telefon siapa?'. Bangang.(haha..kat sini aku ade 1 survey..kalu org ni baca die misti kutuk aku thp kaw2) Orang yang buat survey pun jugak bangang. Pastu suka benda-benda superstitious. Kalau suka kaler merah maknanya kuat merajuk, kalau lahir zodiak capricorn maknanya perangai sengal(kecik ati org capricorn..lol). Siapa ajar? Abah ajar?

-Suka buang masa. 
Hanya dengan friendster, ramai yang dah tergadai masa dengan sia-sia(hmm..yg ni aku stuju) Bayangla kalau setakat reply-reply testi untuk benda-benda bodoh macam peristiwa kelakar kat university, rumah, tengah jalan, tak ke buang masa namanya. Untuk friendster sanggup berjam-jam edit layout bagi nampak lawa. Sanggup berjam-jam edit gambar untuk upload kat friendster. Setiap hari mesti nak login walaupun takde testi baru atau komen baru. Aih aku sendiri terasa bangang yang amat main friendster dulu(dulu die ni misti pengguna tegar..lol)

-Suka tengok gambar lucah. 
Ada ke gambar lucah kat friendster? Ada la mangkuk. Tiap-tiap kali nak login pun dah ada dah tertayang. Dengan gambar pompuan nampak cleavage dadanya, tak ke gambar lucah tu? Tu belum dah login lagi tuh. Dah login lagi la. Pergh...klu first time boleh consider lagi 'rezeki'. Tapi kalau dah login banyak-banyak kali tu, apa jadah rezki lagi? Contohla, kau nak buat rehlah kat laut mati. Datang-datang je kau tengok ramai gile pompuan pakai bikini. First time datang rezeki la kan? Tapi dalam keadaan kau dah tau yg laut mati tu tempat pompuan berbikini selalu lepak, nak ke kau datang buat kali kedua? Itu bukan rezki lagi namanya. Itu namanya mangkuk hayunan(mangkuk hayunan eh..haha)

-Perosak bahasa. 
Tak kisah la bahasa Melayu ke, English ke, Arab ke tapi yang pasti ramai di kalangan friendsterer ni yang perosak bahasa.(mcm pejuang bahasa lak..tp bahasa sms pun perosak bahasa gak ape..drama2 kat tv pun perosak bahasa..ckp mcm rojak petis)Tak caya tengok jela testi-testi yang ditulis. Dengan short-form yg tah pape yg aku pun susah nak faham. Apehal pulak tulis 'sy sk awk, sy syg awk, sy rnd awk'?! Graduate dari sekolah tamil apa? Tulis je la 'saya suka awak, saya sayang awak, saya rindu awak'. Pemalas nak mampus. Ada hati nak sayang-sayang anak orang. Kerbau pun pandai taip penuh.(marah nmpak..haha)

-Childish. 
Siapa rasa main friendster menyebabkan dia menjadi matang. Matang dalam kehidupan, matang dalam menangani masalah, matang dalam segala aspek. Sila angkat tangan. Dah angkat? Ok siapa-siapa yang angkat tangan tadi ketuk kepala 3 kali sambil kata 'mangkuk'(haha..yg ni xbley blah..lol)Dah tua bangka pun nak tangkap gambar bulatan kaki, bulatan tangan dan sebagainya. Dah besar panjang pun nak buat personality test la, kuiz la tah pape. Mengada je.


so..anda tergolong dlm yg mane?

p/s:seperti yg telah aku nyatakan..ini aku copy dari fs..org yg aku copy tu pun copy somewhere from fs gk..so aku xtau sape penulis asal..

Saturday, February 28, 2009

Dr.Jekyll & Mr.Hyde

sape tau kisah dr jekyll and mr hyde..

A doctor who has covered up a secret life full of bad and cruel deeds. He feels as if he is always fighting within himself between what is good and what is evil, and is pushing away people dear to him. After drinking a potion of his own creation, Jekyll is transformed into the cruel, remorseless, evil Edward Hyde, representing the hidden side of Dr. Jekyll's nature brought to the fore. Dr. Jekyll has many friends and has a friendly personality, but in the nature of Mr. Hyde, he becomes mysterious, violent, and secretive and as time goes by, Mr. Hyde grows in power.

credit:taken from wikipedia

aha..psycho die neh..senang ckp he's suffering from split personality..

kdg2 aku pun mcm dr jekyll n mr hyde gak..huh..maksudnye..split personality?huii..gile ke..

aku xphm la..kdg2 aku bleh jd cmni..kdg2 jd cmtu..huiks..mcm optimus prime suda..

kdg2 aku bleh jd pak lawak..kdg2 aku jd manusia yg membosankan..
kdg2 aku murah dgn senyuman..kdg2 aku kedekut dgn senyuman..
kdg2 aku peramah..kdg2 aku sombong..
kdg2 aku prihatin dkt org..kdg2 aku pentingkan diri..
kdg2 aku penyabar..kdg2 aku pemarah
kdg2 aku matang..kdg2 aku keanak-anakan

ye..aku tau aku xsempurna..

xbleh ke org terima aku apa adanya?

aku boleh melawak..tp aku bkn nabil raja lawak yg mmg keje die melawak..aku melawak bile kene masa,tempat dan org..maap la pd org yg rase aku ni membosankan..mungkin kite blum serasi..

aku boleh tersenyum..tp yg jahatnye aku ni..senyum ikut mood..tp kdg2 xnmpk org psl eyesight xbape elok..ok..my bad..mungkin bley cuba utk lebih tersenyum pada bila2 masa(jgn smpai org kata gila plak)

aku bkn sombong la..kat upsi lagi ketara..org ckp dak sains sombong psl kami dilabel pelajar pandai..alhamdulilah rezeki Allah beri..tp part sombong tu bkn la..camni sebenarnye..kami jmpe facts setiap ari..kami xpandai berbasa-basi..kami byk berfikir sbb kami berjmpe facts stiap ari..bile kami berfikir kami xmahu diganggu..jgn kata kami sombong..kami tidak..cuma..ye..kami serius..mungkin..yela..org kata dak sains skema..mungkin ye..sbb facts makanan kami..kami belajar facts and theory..kerana itu minat kami..yg anehnye..org sejarah pun jumpe fact..xplak org label sombong?tahla..mls nk nyesakkan kepala..jd..kpd pelajar2 upsi..pls jgn kata dak sains sombong..tp mungkin salah kami..kerana kita dlm bidang perguruan..kita berurusan dgn manusia bkn dgn facts..so..perlu perbaiki diri..

ye..aku tau..aku budak lagi..kanak2 riang..dak kecik..xmatang..mcm2 gelaran yg aku terima..xpe..aku xkisah pun..tp pengalaman byk mematangkan aku dan mengajar aku utk hidup berani dan berdikari..aku xmau bgantung kat org..aku jugak try utk bpikiran positif sbb kalu negatif je xkemana la wei..so kalu ikut teori sains aku sedang berevolusi utk menjadi species yg lebih advanced..hoh mksudku dr segi attitude dan tahap kematangan..so kepada yg suke bgantung harap kat org tu..sedar2 la ye awk tu dah besar..stakat nk beli syampu kat kedai tu pegi sendiri dah la..

umm..ape kaitan dgn dr jekyll n mr hyde nih?
konfius2..


Friday, October 10, 2008

p.o.l.i.g.a.m.i (?)

er..lately aku xtaw nape clasmates aku ske sgt discuss psl kawen2 nih..hot topic dlm discussion board..hoho..de 1 topic psl poligami..aku ske nk tunjuk kat diorang psl keratan akbar psl pak mat yg kawen 4 tu..mungkin sbgai contoh lelaki yg gigih?er..bkn la aku sokong pe yg die wat ni..tp press tulis mcm pakmat ni hebat..takut plak nnti sume suami2 org terpengaruh ikut nk kawen 4..hoho..ape pun..pakmat..feymes ye anda?

Hasrat Bang Mat kahwin ke-4 tangguh lagi

KUALA TERENGGANU 18 Mei – Perancangan seorang pemandu lori berusia 57 tahun untuk berkahwin kali keempat Jumaat ini tidak kesampaian apabila Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang mendengar perbicaraan permohonan poligami lelaki itu hari ini menangguhkan keputusannya.

Hakim Shaikh Ahmad Ismail meminta Mohamed Nor Awang (gambar) dari Kampung Tok Fakir, Merchang di Marang dekat sini datang semula ke mahkamah 5 Jun ini bersama saksi-saksi yang dapat menyokong kemampuannya untuk beristeri empat.

Beliau membuat keputusan itu selepas tidak berpuas hati dengan keterangan Mohamed Nor yang sudah mempunyai tiga isteri, memohon berkahwin dengan kerani, 34 tahun.

Pada akhir perbicaraan selama satu setengah jam, Hakim Shaikh Ahmad berkata: “Saya boleh membuat keputusan hari ini tetapi keputusan saya bergantung penuh kepada keterangan yang diberikan oleh Mohamed Nor dalam mahkamah. Kalau Mohamed Nor tidak mahu memberi kerjasama, saya tidak boleh luluskan permohonan berkahwin lagi.”

Beliau berkata, mahkamah akan memberi peluang kepada Mohamed Nor untuk menyediakan saksi-saksi bagi mengukuhkan lagi keterangan mengenai kemampuannya dari segi ekonomi untuk berkahwin lagi.

Terdahulu, Mohamed Nor yang memiliki 18 orang anak ketika membaca afidavit tambahan permohonannya untuk mengahwini isteri keempat berkata, beliau sebenarnya berpendapatan RM3,500 sebulan dan bukan RM1,500 seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Menurutnya, pendapatan tersebut adalah hasil daripada kerja mengangkut kayu getah dan getah beku dengan lori selain membaiki kereta dan motosikal.

“Selain itu, saya bersama isteri ketiga, Noraini Daud, 40, mempunyai pendapatan tambahan daripada kebun getah seluas 2.4 hektar selain isteri pertama, Wan Rukiah Mat Yusof, 50, memiliki kebun kelapa sawit seluas 0.8 hektar,” ujarnya.

Beliau turut menyertakan buku akaun bank isteri-isterinya sebagai bukti.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis lepas mengarahkan Mohamed Nor mengemukakan afidavit tambahan bagi menyokong permohonannya berpoligami walaupun ketiga-tiga isterinya memberi kebenaran untuk berbuat demikian tanpa syarat.

Pada perbicaraan pagi ini, ketiga-tiga isterinya hadir di mahkamah bersama bakal isteri keempat.

Bagaimanapun, sepanjang berada di luar mahkamah, tunang Mohamad Nor itu sentiasa menutup muka bagi mengelakkan wajahnya dirakamkan oleh jurugambar akhbar.

Pemandu lori yang sentiasa tersenyum itu memberitahu mahkamah, beliau memberikan wang RM700 sebulan, sebuah rumah dan sebuah motosikal untuk kegunaan setiap isteri dan 10 daripada 18 anaknya yang masih bersekolah.

(credit to : pinkturtle2.wordpress.com)