masa
berlumba dengan masa memang memenatkan. kita setengah mati terkejar-kejar masa, dia rilek je berlalu meninggalkan kita. hampeh punya masa!
hoi minggu depan dah minggu 7. maknanya semester 5 tinggal lagi separuh sebelum nak masuk semester 6. tapi aku belum buat apa-apa aktiviti yang produktif. ape nak jadi?
PTPTN
hoi susah betul nak mintak duit orang ni. heh, pinjam je pun. segala mak nenek dokumen habis dimintaknye. dah macam tak cukup tanah aku berjalan ke sana ke mari nak kuruskan uruskan cop itu dan ini. patutlah sampai ade yang menangis-nangis. eh, aku tak!
teringat masa kecik-kecik dulu, kakak aku cakap PTPTN tu maksud die Pulau Tempat Penyamun Tengok Nasyid (PTPTN). hahah. kejadah ape tah?
teringat masa kecik-kecik dulu, kakak aku cakap PTPTN tu maksud die Pulau Tempat Penyamun Tengok Nasyid (PTPTN). hahah. kejadah ape tah?
bas
setiap kali bas datang, semua orang jadi gila. dah jadi macam medan perang, padahal nak naik bas je pun. rahsia nak berebut bas bukan tolak orang la ngok. buat sakit badan, sakit hati je. cara yang betul dan efektif ialah menyelit. ejas la posisi badan tu biar kau yang ke depan. haih, keganasan tidak dapat menyelesaikan apa-apa ok?
abang hensem berdua (abang ke? tah tah junior. lantaklah, umur aku 20. muda lagi apa?)
tengah aku berjalan macam tak cukup tanah, eh, dari mana pulak 2 orang mamat ni muncul jalan depan aku. terpaksalah aku perlahankan kelajuan berjalan. wah, galak bersembang. siap ketawa sengih-sengih. isk, aku nak cepat ni. tiba-tiba orang depan berhenti. pandang belakang.
bapak ah. aku ade jerit mintak laluan ke? ah, aku nak cepat. cakap terima kasih pun dalam hati. tapi sempat juga aku senyum. tapi aku ada terdengar perkataan 'lajunye dia jalan' dan 'tak puasa'. erk? tapi terima kasih lah. bila aku masuk ofis HEP, terus dia kunci pintu, tutup kedai. fuh, awal beberapa saat je. kalaulah abang berdua tu tak beri laluan tadi...
4 comments:
wehh tak pose rupenye.. hahahaha
hahaha.. sonok baca update kali ni..paling suka bab berebut bas!
teringat zaman i blaja dulu..lbh kurang gak..
Harga Kuih Muih Terkini !
min
jangan percaya cakap abang berdua tu. haha
ain
tapi aku tak sukaa berebut bas
velasrizal
yelah kan, masa ni rasa terseksa tapi
bila dah jadi kenangan baru terasa manisnya
Post a Comment