minggu ke 9. hari kedua selepas cuti raya. tapi rasa macam 2 bulan.
aku rasa kehilangan diri. aku rasa semester ni paling teruk sebab aku rasa macam bukan student biologi lagi. that's really sucks!
at least, sesibuk mana masa sem 2 dengan aktiviti kolej dan uni, sesukar mana nak survive kat UPM masa sem 3, sekurang-kurangnya aku belajar ape yang aku suka.
2 subjek kimia, dan 1 subjek statistik. aku betul-betul rindu istilah-istilah sains yang susah betul nak diingat, mekanisme-mekanisme yang memeningkan, konsep-konsep yang mengelirukan.
oh aku rindu subjek biologi. sekurang-kurangnya, susah macam mana pun, tetap aku boleh hadapi dengan penuh rasa sabar, penuh rasa sayang.
harini ponteng kelas, study biostat & kimia fizikal. hmph. tak ke mana pun peginya.
Tuesday, September 21, 2010
Monday, September 20, 2010
the untold tales
The 6 years revenge is sweet. after all, it's a closure. good bye, baby. spread your wing, fly away and don't come back.
Friday, August 27, 2010
drama minggu ini
membaca amalan mulia
bila dah baca buku ke 3 Twilight Saga, aku rasa banyak momen-momen WTH sepanjang aku membaca. si Bella tu sanggup jadi pontianak (jibam-jibam) semata-mata nak kawin dengan Edwak Kuleng? habis tu Charlie, Renee, kolej, tak penting ke? orang melayu cakap, untung seguni rugi segantang. konon-kononnya nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan. buang emak, buang saudara,(buang jacob jugak), kerana kasih hamba turutkan. Wth?
lebih baik aku baca buku la tahzan gadisku. ada (dan banyak) jugak faedahnye.
ketawa hodoh
ok,bnyk kje nk raya, mcm buzy org nk buat kuih raya je..hins..hins - abang ady
hins hins? ape kejadahnye tu? dah banyak kali dalam mesej abang aku tulis camtu. aku andaikan itu ketawa, gantian kepada haha. kalau macam tu la, banyak-banyak ketawa, aku rasa ketawa abang aku yang paling hodoh sekali. wuahaha! (hari raya nanti aku MESTI mintak maaf)
Titik mengigau
Masa nak tunggu budak berdua tu bersiap nak pegi iftar dan majlis tahlil dr. husni dan dr. haniza, aku baca la buku sikit, tapi entah bila aku terlelap. Tiba-tiba,
“Weh zety, bangun, jom pegi. Dah lewat ni.”
“Hah? Ko cakap nak buat titik?” Aku jawap, separa mamai.
“Titik? Titik ape ni ko ni?”
“Titik la. Titik. Dot.” Masih lagi mamai.
“Ape ko nii? Titik ape?” muka member dah confuse. Muka nak marah pun ada.
tetiba dalam hati aku tersedar, ape benda yang aku dok mengarut titik titik ni? akhirnya aku jawap,
“Err, takpelah. Tunggu jap, aku pakai tudung.”
Moral cerita, janganlah tidur lepas asar. Memang mewarisi kegilaan.
jadual exam
oh oh jadual exam dah keluar. walaupun 3 paper je tapi lebih dari cukup untuk membunuh dan terbunuh!
p/s : dah nak cuti ni keje bukan makin sikit.
Sunday, August 22, 2010
tagged! antara yang tersusah
disebabkan laptop aku rosak hari tu, maka banyaklah entri tag dan award yang tertangguh. oleh sebab aku happy hari ni kerna urusan PTPTN dah selesai, maka aku nak jawab tag dari anin
damn, susah kot nak buat. hoi lah anin, siaplah kauu!
1. peraturan
- jawab semua soalan menggunakan huruf pertama anda. contohnya nama kau tipah, jadi gunalah huruf T.
- elakkan menggunakan jawapan yang sama untuk soalan yang berikutnya
- untuk nama boy&girl, sila jangan guna nama sendiri
2. soalan
what is your name?
zety liyana zainal abidin
a four letter word
zoom (gali gali zoom gali gali zoom ) <---------- lirik lagu pengakap. suka!
a boy's name
zico
a girl's name
ziana zain
an occupation
zorro. cita-cita saya nak jadi zorro sebab boleh nyanyi lagu i want to spend my lifetime loving you
a color
zz..er..z. zitam? jap. ok dah google. zucchini (a shade of green)
something u'll wear
zip-up boot. ngeh ngeh ngeh. tq google .
a type of food
zinger burger.
something found in the bathroom
zzz.. (orang tido)
a place
zimbabwe
a reason for being late
ziman belasah aku. tu yang lambat tu.
something u'd shout
zurang zaja!!! zentang-zentang zaku zelat z, zau zejek-zejek zaku zeh?!
a movie title
zombieland.
something u'd drink
zesty zapple (air fnn ke mirinda tah)
a musical group
zety and the computer. confirm ke laut!
animal
zebra, zirafah. ceh ceh banyak jawapan.
fruit
zaqqum (buah yang kat neraka tu. boleh?)
3. kenekan kawan anda
aku nak suruh seorang je jawap. nuraimy yasmin. tapi aku nak kau jawab pakai initial Y. are you up for the challenge? ha ha ha.
bila main benda alah ni, aku teringat pulak mainan masa sekolah-sekolah dulu.
bila main benda alah ni, aku teringat pulak mainan masa sekolah-sekolah dulu.
p/s: anin, kau tak state kan tak boleh pakai google. kira jawapan aku ni valid lah kan. hahaha!
Friday, August 20, 2010
drama kehidupan kampus
masa
berlumba dengan masa memang memenatkan. kita setengah mati terkejar-kejar masa, dia rilek je berlalu meninggalkan kita. hampeh punya masa!
hoi minggu depan dah minggu 7. maknanya semester 5 tinggal lagi separuh sebelum nak masuk semester 6. tapi aku belum buat apa-apa aktiviti yang produktif. ape nak jadi?
PTPTN
hoi susah betul nak mintak duit orang ni. heh, pinjam je pun. segala mak nenek dokumen habis dimintaknye. dah macam tak cukup tanah aku berjalan ke sana ke mari nak kuruskan uruskan cop itu dan ini. patutlah sampai ade yang menangis-nangis. eh, aku tak!
teringat masa kecik-kecik dulu, kakak aku cakap PTPTN tu maksud die Pulau Tempat Penyamun Tengok Nasyid (PTPTN). hahah. kejadah ape tah?
teringat masa kecik-kecik dulu, kakak aku cakap PTPTN tu maksud die Pulau Tempat Penyamun Tengok Nasyid (PTPTN). hahah. kejadah ape tah?
bas
setiap kali bas datang, semua orang jadi gila. dah jadi macam medan perang, padahal nak naik bas je pun. rahsia nak berebut bas bukan tolak orang la ngok. buat sakit badan, sakit hati je. cara yang betul dan efektif ialah menyelit. ejas la posisi badan tu biar kau yang ke depan. haih, keganasan tidak dapat menyelesaikan apa-apa ok?
abang hensem berdua (abang ke? tah tah junior. lantaklah, umur aku 20. muda lagi apa?)
tengah aku berjalan macam tak cukup tanah, eh, dari mana pulak 2 orang mamat ni muncul jalan depan aku. terpaksalah aku perlahankan kelajuan berjalan. wah, galak bersembang. siap ketawa sengih-sengih. isk, aku nak cepat ni. tiba-tiba orang depan berhenti. pandang belakang.
bapak ah. aku ade jerit mintak laluan ke? ah, aku nak cepat. cakap terima kasih pun dalam hati. tapi sempat juga aku senyum. tapi aku ada terdengar perkataan 'lajunye dia jalan' dan 'tak puasa'. erk? tapi terima kasih lah. bila aku masuk ofis HEP, terus dia kunci pintu, tutup kedai. fuh, awal beberapa saat je. kalaulah abang berdua tu tak beri laluan tadi...
Wednesday, August 18, 2010
drama ramadhan
sahur
"aku tak puas hati zety senyap hari ni"
"aah la. kenapa?",
"penat. aku tak sahur hari ni", jawap aku.
"eleh, puasa tahun lepas kau tak sahur pun, ok je?
ye tak ye eh. pernah pulak aku rajin bangun sahur. entahlah. tapi semalam aku sahur makan nasik, rasa bertenaga sekuat harimau!
popia
"bang, ni balik kampung ni kau takde request pape ke suruh ibu masak?"
"takde. kenapa? kau ade ke?"
"ade. popia"
"ekk eleh. popiaa? weh, kat bazar berlambak la."
ye memang. tapi popia inti togeh hangus. ceh. dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang. popia di bazar boleh ku cari, manakan sama popia ibuku seorang.
titik perubahan
ah, semua orang memang tak sayang aku, tak perlukan aku. baik aku duduk diam kat sini. tak payah campur orang. huh!
daripada kau berfikir macam tu, baik kau fikir,
kenapa mereka tak pedulikan aku lagi? macam mana aku nak dekatkan diri semula dengan mereka? kat mane yang aku salah ye?
muhasabahlah. sempena bulan Ramadhan ni, berubahlah
walaupun kau berperangai sampah, nampak seperti aku tak peduli, sebenarnye aku tetap sayangkan kau.

Friday, July 30, 2010
Kites: ini bukan cerita main layang-layang
sebenarnya aku tak la teruja sangat nak tengok filem ni. tapi sebab ain fathihah dah cadangkan suruh tengok, aku pikir, apa salahnya, ye tak? tapi sempat jugak aku tanya,
"weh, best ke?"
"best, depa bercinta tapi masing-masing tak paham bahasa, seorang mexican, seorang hindustan"
ohh ok laa. dalam fikiran aku dah terbayang mesti sweet la cerita ni. ala ala romantik komedi kot. tajuk pun Kites, ingatkan depa berdua ni jatuh cinta kat taman ke hapa. rupa-rupanya bukan. takde lansung scene kat taman tengah main layan-layang.
walaupun camtu, it's a good film. filem aksi-romantik yang tragis. di akhir cerita, takde siapa yang menang. not even Linda and J. apatah lagi Tony dan Gina. Robin, Jamaal dan David juga.
aku rasa industri perfileman Bollywood memang dah maju setapak berbanding sepuluh tahun lepas.
kalau dulu punya cerita, bila sebut filem hindi je, alah tipikal. hero/heroin mesti kalah dulu dahla kalah, setiap setengah jam mesti nak nyanyi. dalam hujan, tengah-tengah pokok bunga, tepi bangunan lama, yang pasti setiap ceruk lah. tepi bukit kene tarah pun boleh. tipikal plot, cinta terhalang.
tapi sekarang, walaupun masih mengangkat tema cinta, tapi plot dan olahan cerita dah banyak variasi. ada yang sangat bagus. even filem-filem sci-fi mereka pun agak menarik. walaupun tak setanding Hollywood, tapi masih boleh diterima dan puas hati lah.
Kita? cerita hantu, cerita lucah, lumba sana sini, rempit, bohsia, cinta cintun.
Salam sejahtera ke atas kamu semua..
p/s: kites..fly in the sky..free..dancing in the wind..with no worries..like two lovers..they meet, they fight, they embrace..they almost become one..but it is not the will of the kites..that makes them dance..cause someone else..always hold the strings- Kites, 2010
Wednesday, July 28, 2010
selamat tinggal kenangan
sekarang, aku akan pergi.
dan aku menganggap kita tak pernah berjumpa. kita tak perlu berjumpa di awalnya. dan kita tak patut berjumpa. aku tak patut berada di situ. itu bukan tempat aku. tapi aneh. malam itu, itulah aku yang sebenar. itu semua satu kesalahan. aku tak patut tunjuk diri sebenar aku pada kau. kau bukan siapa-siapa pun.
kau bodoh. kau tak guna. kau terus pergi. memang tak guna satu sen pun. kau ingat bagus bermain dengan hati dan perasaan orang?
aku tak tahu kenapa kita dipertemukan. dan sejujurnya aku tak pernah ingin pertemuan itu. kerna selepas pertemuan itu, kita takkan pernah bertemu di suatu titik yang sama.
kata orang, patience pays. tapi kalau ia memang bukan milik kau, seribu tahun kau sabar pun tetap tak pays jugak.
selamat berhidup bahagia sayang, selamat tinggal kenangan!

Tuesday, May 4, 2010
hidupku sepi tanpamu oh si kekasih elektronik ku
sebenarnye banyak yang aku nak perkatakan. idea nak blog berdentum-dentum dalam kepala otak aku ni sejak dua menjak ni. tapi apakan daya, papan induk komputer riba aku rosak.dah lebih sebulan segala aktiviti aku di alam maya tergendala. bukan aku tak cuba nak baiki, tapi bak kata abang aku dan juga abang di kedai komputer tu cakap,
baik beli baru je la dik
yelah bang. saya tahu. tapi abang bagi ah duitnye? menurut kata kedai komputer BHL, nak tukar motherboard dekat2 lapan ratus gak. abang aku pun kata begitu.tapi ape pilihan yang aku ada? hidup tanpa laptop? TIDAKK! dahla aku amik subjek ICT in Biologi semester depan. nak mati belajar ICT tp takde laptop?
itulah yang aku runsing ni. dahla semester depan aku start duduk rumah sewa. mangkuk hayunan lah laptop ni. time2 nak guna duit lah kau rosak. tapi yang double,triple,ultra mangkuk hayunan sebenarnye ialah aku. sebab tak reti jaga dan menyayangi lappy kuh sepenuh jiwa raga.
dengan exam tah pape tadi. kawan2 se-bio, kemungkinan sem depan aku ade repeat paper, so jgnlah pandang aku dengan hina ye? kite kan kawan? hihi~
oklah, seperti yang aku katakan di bahagian notis di atas nu, aku pun tak tahu la sampai bila hidupku sepi tanpa kehadiran si komputer peribadi.
oh ye. sebelum mengundur diri biarlah aku taip barang sepatah dua kata. thanks amira ayon sebab rajin datang sini walaupun blog sepi tanpa entri2 baru. err. yang lain juga. kalau adelah. dan juga yang bagi aku award, dayah dan minx, thanks dan sila simpan award itu untuk aku claim di kemudian hari, mungkin entri award tu ditaip menggunakan laptop baru?hihi.
dan happy belated 20th birthday to pika sair (29 april 2010). dan juga news utk fizan, aku baca dlm paper, UQ(ke QU, same la tu) IPT terbaik kat aussie. cayalah bro! bangga aku sekejap. hihi
dan juga semua kawan2 bloggers, sama ada yang dikenali atau tak, yang sengaja datang atau tersesat, yang rajin blogwalking tu semua, happy blogging! dan sayangi komputer riba anda.
bye semua! nak kemas barang dan zass! balik ke johor, negeriku tercinta. eh over pulak.

Tuesday, March 30, 2010
anugerah persahabatan
huhu. mintak maaf pada tuan pemberi award ni [rafizan]. dulu asik dok bertangguh lama-lama terus lupa. sekarang baru ingat balik. tapi takpe lah. huhuh. serba salah la pulak. ape pun, thanks again.
Anugerah Persahabatan
anugerah ini aku tujukan kepada sesiapa saja yang menganggap aku ni sebagai rakan mereka.jadi kawan-kawan, feel free to grab this award. tapii. huhuh. matilah kalau takde siape grab award ni, maksudnye takde siape anggap aku ni kawan mereka? haha tak kisah la. yang penting aku tahu siapa kawan, siapa lawan.
ade sedikit ucapan dari pemberi award (walaupun copy dari mana tah)
our friendship is like butterfly,
since we were caterpillar,
we grow our friendship with love, joy and happiness,
which bring us closer and closer,
our friendship will be just like butterfly,
full of colors,
and will be remembered forever..
sumber: google
Subscribe to:
Posts (Atom)