sebenarnye banyak yang aku nak perkatakan. idea nak blog berdentum-dentum dalam kepala otak aku ni sejak dua menjak ni. tapi apakan daya, papan induk komputer riba aku rosak.dah lebih sebulan segala aktiviti aku di alam maya tergendala. bukan aku tak cuba nak baiki, tapi bak kata abang aku dan juga abang di kedai komputer tu cakap,
baik beli baru je la dik
yelah bang. saya tahu. tapi abang bagi ah duitnye? menurut kata kedai komputer BHL, nak tukar motherboard dekat2 lapan ratus gak. abang aku pun kata begitu.tapi ape pilihan yang aku ada? hidup tanpa laptop? TIDAKK! dahla aku amik subjek ICT in Biologi semester depan. nak mati belajar ICT tp takde laptop?
itulah yang aku runsing ni. dahla semester depan aku start duduk rumah sewa. mangkuk hayunan lah laptop ni. time2 nak guna duit lah kau rosak. tapi yang double,triple,ultra mangkuk hayunan sebenarnye ialah aku. sebab tak reti jaga dan menyayangi lappy kuh sepenuh jiwa raga.
dengan exam tah pape tadi. kawan2 se-bio, kemungkinan sem depan aku ade repeat paper, so jgnlah pandang aku dengan hina ye? kite kan kawan? hihi~
oklah, seperti yang aku katakan di bahagian notis di atas nu, aku pun tak tahu la sampai bila hidupku sepi tanpa kehadiran si komputer peribadi.
oh ye. sebelum mengundur diri biarlah aku taip barang sepatah dua kata. thanks amira ayon sebab rajin datang sini walaupun blog sepi tanpa entri2 baru. err. yang lain juga. kalau adelah. dan juga yang bagi aku award, dayah dan minx, thanks dan sila simpan award itu untuk aku claim di kemudian hari, mungkin entri award tu ditaip menggunakan laptop baru?hihi.
dan happy belated 20th birthday to pika sair (29 april 2010). dan juga news utk fizan, aku baca dlm paper, UQ(ke QU, same la tu) IPT terbaik kat aussie. cayalah bro! bangga aku sekejap. hihi
dan juga semua kawan2 bloggers, sama ada yang dikenali atau tak, yang sengaja datang atau tersesat, yang rajin blogwalking tu semua, happy blogging! dan sayangi komputer riba anda.
bye semua! nak kemas barang dan zass! balik ke johor, negeriku tercinta. eh over pulak.
Tuesday, May 4, 2010
Tuesday, March 30, 2010
anugerah persahabatan
huhu. mintak maaf pada tuan pemberi award ni [rafizan]. dulu asik dok bertangguh lama-lama terus lupa. sekarang baru ingat balik. tapi takpe lah. huhuh. serba salah la pulak. ape pun, thanks again.
Anugerah Persahabatan
anugerah ini aku tujukan kepada sesiapa saja yang menganggap aku ni sebagai rakan mereka.jadi kawan-kawan, feel free to grab this award. tapii. huhuh. matilah kalau takde siape grab award ni, maksudnye takde siape anggap aku ni kawan mereka? haha tak kisah la. yang penting aku tahu siapa kawan, siapa lawan.
ade sedikit ucapan dari pemberi award (walaupun copy dari mana tah)
our friendship is like butterfly,
since we were caterpillar,
we grow our friendship with love, joy and happiness,
which bring us closer and closer,
our friendship will be just like butterfly,
full of colors,
and will be remembered forever..
sumber: google
anugerah blogger cantik
sementara aku tengah rajin menyelesaikan segala hutang entri berkaitan tag dan juga award, adalah baik juga kalau aku selesaikan semua sekaligus.
Anugerah Blogger Cantik
Anugerah Blogger Cantik
1. ehem. sila jangan cakap aku manusia yang perasan cantik. terima kasih pada ruby yang memang tahu menilai erti kecantikan diriku ini. haha. blah la si perasann. ruby, sila jangan muntah sekarang. nanti abis keyboard kau berselepet dengan muntah hijau. hahaha.
2. seterusnya acara mempassing award. dengan ini saya menganugerahkan anugerah ini kepada.........dengan ucapan:
a)rafizan: sori weh. aku lupe nak amik award yang dulu tu.
b)mira ayon: sila lah rajin2 bertandang ke blog aku. sombong ah sekarang.(pesan utk diri sendiri juge)
c)pika sair: terima kasih sebab tag aku. haha
d)aimy yasmin: apesal kekerapan kau update blog semakin berkurang?
e)dayah sharif: sama2 la kite berdoa supaya ouran ade live action ek?
e)dayah sharif: sama2 la kite berdoa supaya ouran ade live action ek?
3. dan acara kemuncak yang ditunggu-tunggu. 7 perkara tentang penerima award.(perasan lagi)
-akan bercakap bila perlu saja
-kalau takde bende nak cakap, senyum je cukup
-kemalasan utk ke kelas semakin menjadi-jadi
-menyampah dengan lelaki gedik. rase nak lempang!
-lagi 2 tahun nak grad! woohoo!
-anak jati johor
-pernah belajar di kedah,selangor dan perak.
thanks again!
p/s: peraturan menerima award. 1)ucap terima kasih dan linkkan kepada pemberi award 2)pass kepada bloggers lain dan 3) state 7perkara tentang penerima award.
tagged!
dengan segala hormatnye aku menyelesaikan tag dari pika sair.
1. adakah anda rasa HOT?
tak. hujan lebat nihh.
2. upload wallpaper laptop yang anda guna sekarang!
3. cerita pasal gambar ni
hitam itu kan gaya, mutu dan keunggulan. haha. desktop aku memang selekeh. yang paling menyampah sekali, notification window tak genuine kat bawah tu.
4. kali terakhir makan pizza
minggu lepas. lepas habis test je, zasss! terus serbu pizza hut. >_<
5. lagu terakhir anda dengar?
if we ever meet again (timbaland ft katy perry)
6. apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?
main social city kat FB. skodeng entri baru kat GB
7. selain nama sendiri anda dipanggil nama ape?
zety, zetysh, anun(family saje),leya(haha!). siapa panggil liyana/yana, tak layann ok.
8. tag lagi 5 orang
a)katy perry
b)robert pattinson
c)fairuz fauzi
d)lady gaga
e)uchi hiroki
9. katakan sesuatu pada (e)
uchi hiroki, kapel jomm? (matilah, muka kontra abis!)
10. (c) ade hubungan dgn siapa?
err. tony fernandez. hubungan bos-pekerja eh. dush! (go F1 lotus team!)
11. bagaimana pula dgn (b)
ish. jangan la tanye. malu i tau. hik hik
12. kata-kata cinta utk (d)
oii sila pakai seluar selalu! huduh tau tak?
13. berikan 5 perkara tentang org yang meng tag anda.
-kawan sekolah rendah aku.
-dulu selalu round satu felda sesama.
-suke gile kat kucing.
-amik cos marin. mane tahu dapat cari spesis kucing laut.comel jugak kan?
-macam dah gatal nak kawin je aku tengok. (merujuk pada profile picture FB beliau). ha ha ha!
p/s: sesiapa nak jawab?dipersilakan..

Friday, March 26, 2010
Dear Aina Yasmin & Muhamad Adam Zafran,
plis plis plis. kamu jangan nakal.
dah lama tak tulis pasal si kecik berdua ni. sekarang dah makin besar dan makin banyak kerenah. pantang jumpe, tak sah kalau takde scene rebut-merebut barang. tapi selalunye adam la menang. boys kann. paham-paham je lah *yawn*
dan juga mesti ade scene joget lambak bersama. pernah makcik die yang tua ni pun join sekaki jugak. oh sangat buruk ok bila ade 1 figura berketinggian 150++ cm berjoget dengan 2 figura yang berketinggian tak sampai pun 1 meter.
yasmin: memang dah pandai cakap sikit tapi yang simple-simple je lah.
aku : teng teng teng - aku sedang menyanyi ikut melodi muzik.
adam: tak pandai cakap lagi tapi hantam sajalah. janji ade bunyi keluar walaupun hanye arammaaraamaa gaga ulala watch out bad romance. eh lari topik.
ok lah. bye!
p/s: aina yasmin & adam zafran, we love you!
Friday, March 19, 2010
kucing, akademi fantasia dan facebook
salam. entri kali ni style rojak dan berunsur hiburan duniawi semata-mata. oh ye. dan juga tak berapa berfaedah. (macam la entri lain berfaedah sangatt)
1. tak suke la line up fabulous cat sekarang. suke farhana yg dulu tu. style habis. suara best pulak tu. comel pun iye. tadi mase dengar lagu cinta kosmik dalam bas, aku cuma ingat suara yg indo tu je. (tone suara penyanyi indo memang lebih kurang je ek?) suara yang lain aku rase mcm tenggelam ke dalam lautan sepi je. nak nak suara zizi AF tu. eee tak suke!
2. tiap kali mula season AF mesti cakap "alah AF lagi. bosan ah!" tapi mesti akhirnye tengok jugak. ni mesti sebab aritu gatal pi tengok konsert tirai AF. untuk musim ni i sokong iwan chew ok! so kesimpulannye aku rase aku dan AF ade some kind of love-hate relationship lah. walaupun aku rase bosan tapi tetap nak tengok juga. kenapakah?

haa comel je kan iwan chew? sekali pandang macam zahiril adzim pun iye. patut la aku suke. haha. eh over pulak.
3. sekarang kan banyak betul fan page haters kat facebook. lepas artis, wartawan pulak jadi sasaran. haa elok benar la tu. ape la nak jadi. semua pun kau nak benci. haih. aku rase facebook ni dah makin tah pape je la. eh tapi bukan salah facebook tu pun, tapi user yang salah guna. kite ni mengutuk mencaci memang nombor satu. padahal benda tu takde kaitan pun dengan hidup kite. yang kite nak bising-bising tak tentu hala tu kenapa?
4. lagi pasal group di facebook. antara group yang tak semenggah aku jumpe ialah belia benci perempuan gedik, belia benci perempuan tak tutup aurat, belia benci semua bende lah. takde yang belia tak benci. yang aku paling tak suke tu, dah la mengutuk je keje nye, pastu suke hati je tepek gambar orang (yang dirasakan gedik) pastu kutuk kaw2. eihh macam bagus sangat la. entah2 orang yang kau kutuk tu, hati die seratus kali mulia dari kau tau?
5. haha. banyak la pulak nak membebel. ingat sikit je tadi. ohoii aku copy ni dari group alumni sekolah aku kat facebook.
tp nyh bgmbo ;lme sek ke....ybuk nyh gmbo sek wk2 ite f1 kn
sumpah aku tak paham. ade sape terer tolong translate? bahasa remaja sekarang memang camni ke? terasa tua pula diri ini...
Tuesday, March 16, 2010
jadual exam yang sungguh tak best.
salam. jadual exam dah keluar. huk huk.
lambatnye abis exam! orang lain 24/4 dah abis. ok. bye. huk huk
1 | FIK3042 | English For Communication II | 20/04/2010 | 09:00 AM | TMNU 17 | 1 |
2 | KPP3014 | Pengurusan Pembelajaran | 20/04/2010 | 02:30 PM | SITC | 11 |
3 | SBV3013 | Ekologi | 24/04/2010 | 09:00 AM | TMNU 38 | 45 |
4 | KPS3014 | Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar | 03/05/2010 | 02:30 PM | TMNU 28 | 2 |
5 | SKU3013 | Kimia Asas I | 04/05/2010 | 09:00 AM | TMNU 19 | 13 |
6 | SKL3013 | Chemistry Laboratory Management Techniquies | ||||
7 | CUC2021 | Kelana Siswa II |
lambatnye abis exam! orang lain 24/4 dah abis. ok. bye. huk huk
Monday, March 15, 2010
Ryu: hero sepanjang zaman
kalau sesiapa yang tak pernah main street fighter, tak silap aku lah, selalunye setiap fighter dalam game tu ade cerita die tersendiri, ape tujuan mereka join World Warrior Tournament tu.
oleh sebab aku dah pernah menang (cewah!) so aku tahu la cerita pasal Ryu ni. tujuan die berlawan adelah semata-mata untuk memperkuatkan diri dan teknik berlawan. practice makes perfect, people! lepas Ryu menang lawan dengan semua fighters, die blah dari gelanggang dengan penuh bergaya (jatuh cinta jap. haha!) sambil berkata
ceremony means nothing, the fight is all -Ryu
sikit pun tak kisah pasal hadiah dan populariti. lepas menang ke mana die merayau pun tak tahu. nak berlawan je keje nye? eh tapi aku sungguh tak suke time kene lawan dengan Chun Li ataupun Cammy. rase dayus pulak pukul dan men-abugit perempuan. haha
ryu and his special move: abugitt!
ok lah. cukup pasal dunia fantasi. sekarang ni aku tengok ramai orang kejar populariti, ramai orang kejar kekayaan. tapi budi bahasa, nilai murni, adab sopan? tercicir tu bang, kak, dik. jangan lupe bawak sekali weh! nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. biar miskin harta tapi kaya budi bahasa (cewah)
oh ye. berkenaan entri lepas, hey si gadis yang ayu, aku saja off comment sebab..sebab..sebab..tak mau kot kot ade orang condemn aku. haha!
ok bye!
p/s: kalau main pakai Sagat, die ade special move yang mana setiap kali die tumbuk die akan cakap 'tiger uppercut'. tapi mase kecik-kecik dulu aku dengar die cakap 'tiger opocot'. sumpah pekak weh!
situasi yang aku sungguh tak gemar
salam. seperti biasa, aku turun bas di hentian pudu raya dengan muka mamai macam nak mintak disepak akibat dari ketiduran sepanjang jalan dari tanjung malim ke kuala lumpur. seperti biasa juga, hentian pudu memang tak pernah tak ramai orang -_-"
aku: (geleng kepala. macam aku tak tau kau nak jual tiket kat aku.)
mat jual tiket: abang nak tanye je
aku: takpe2 (sambil menambah kelajuan gelengan kepala. heh. aku tayang tiket aku kang!)
mat jual tiket: NAK TANYE JE!
ek eleh. lu apahal nak tinggi2 suara kat aku ni? aku dah ade tiket ah! tapi sebab aku sopan, aku jawab
aku: johor.
ape: eh dik, sekarang ade tiket ni. meh, johor sekarang (terus jadi sopan sambil nak tunjuk jalan)
cis. tadi kata nak tanye je. pastu nak jual tiket. apehal pulak?! dah la tengking2 orang. aku kasi makan kasut Bata ni kang. baru kau tau.
er. tapi takpelah. nanti kene beli kasut baru plak. leceh!
ok bye!
Thursday, March 11, 2010
hey si gadis yang ayu!
salam. haih la. malas sungguh nak buat keje. geram ah. lagi menyampah bila rasa rajin tu datang tak bertempat. contohnye rasa rajin basuh baju datang pade waktu 12.30 malam. kadang tu bila tengah banyak assignment nak kene hantar esok tetiba rajin nak mengemas bilik lah, lipat baju lah, kemas almari lah. tak nak pulak rajin tu datang masa tengah takde keje. hampagas betul lah!
eh membebel pulak di siang hari. oh ye. sekarang aku tengah dok melepak kat youtube siang malam (macam takde keje lain!) sebab nak tengok drama Yamato Nadeshiko Shichi Henge aka The Wallflower. dulu aku pernah buat review pasal cerita ni tapi versi manga (klik sini kalau nak tahu jalan cerita). wah tak sangke ade cite ni ade live action. hahaha suke suke.
oklah. kalau diterjemahkan maksud yamato nadeshiko tu ke bahasa malaysia ialah wanita sempurna. dalam english pula perfect lady. dalam cerita ni perfect lady digambarkan sebagai perempuan yang serba-serbi tahu mengurus rumah. jadi sempurnakah anda gadis-gadis di luar sana (dan di sini juga)?ade beberapa persoalan yang menghantui kepala aku.(hantu soalan atas kepala?)
1.mencuci pakaian
2. memasak.
aku ade la skill sikit2 bab masak memasak ni tapi aku malass. roomate aku ade ajak kongsi periuk nasi la, beras la, telur, sayur dan mcm-mcm lagi lah. tapiii tu lah. malas wehh nak masak. beli je kan senang. perut sendiri je pun. dahla banyak keje weh. tak kuasa. yang penting mesti tahu masak, malas rajin belakang kira!
tapi perhatian! wanita yang sudah, ingin, bakal berkahwin sila jangan ade pemikiran sebegini ye?anda mesti kene rajin sebab yang nak makan bukan perut anda je.
3. tido
ok ni selalu sangat dengar. anak dara tak baik bangun lambat. anak dara itu anak dara ini. tapi kawan aku kata zaman anak dara ni la nak tido sepuas hati. time dah kawin, dah ada anak nanti kau ingat boleh nak membuta sesuka hati? betul juga tu? gadis-gadis pun perlukan rehat yang secukupnya. haha! tapi sebenarnye tak elok kan tido lepas subuh T_T
jadi macam mana ni. sempurna ke? aku dah sah-sah la tak. itu belum cite bab akhlak, perilaku lagi. sebab tu mak aku suruh belajar dulu dan pegi posting ke pedalaman selama 3 ke 4 tahun untuk memperbaiki diri sendiri (cewah!)
baru la boleh letak hantaran tinggi (haha). ini tak. masak tak reti. hantaran nak tinggi. nanti perut berbunyi-bunyi. akhirnya suami lari.

aku selalu dikatakan pemalas sebab basuh baju guna mesin basuh. yeke pemalas? eh kalau kat rumah sendiri, kau basuh baju guna mesin basuh jugakan? tak tahu la pula aku kalau ade yang masih duduk berkemban tepi sungai sambil menyanyi-nyanyi sambil melibas baju di atas batu. ade ke? jadi ape bezanya kalau di kolej, di asrama? ok, ade beza sebab kat rumah free tak payah masuk duit syiling. tapi teknologi ade, tak baik disia-siakan. kalau aku tak basuh baju langsung tu lain lah.
aku ade la skill sikit2 bab masak memasak ni tapi aku malass. roomate aku ade ajak kongsi periuk nasi la, beras la, telur, sayur dan mcm-mcm lagi lah. tapiii tu lah. malas wehh nak masak. beli je kan senang. perut sendiri je pun. dahla banyak keje weh. tak kuasa. yang penting mesti tahu masak, malas rajin belakang kira!
tapi perhatian! wanita yang sudah, ingin, bakal berkahwin sila jangan ade pemikiran sebegini ye?anda mesti kene rajin sebab yang nak makan bukan perut anda je.
3. tido
ok ni selalu sangat dengar. anak dara tak baik bangun lambat. anak dara itu anak dara ini. tapi kawan aku kata zaman anak dara ni la nak tido sepuas hati. time dah kawin, dah ada anak nanti kau ingat boleh nak membuta sesuka hati? betul juga tu? gadis-gadis pun perlukan rehat yang secukupnya. haha! tapi sebenarnye tak elok kan tido lepas subuh T_T
jadi macam mana ni. sempurna ke? aku dah sah-sah la tak. itu belum cite bab akhlak, perilaku lagi. sebab tu mak aku suruh belajar dulu dan pegi posting ke pedalaman selama 3 ke 4 tahun untuk memperbaiki diri sendiri (cewah!)
baru la boleh letak hantaran tinggi (haha). ini tak. masak tak reti. hantaran nak tinggi. nanti perut berbunyi-bunyi. akhirnya suami lari.
ok bye!
Subscribe to:
Posts (Atom)