Monday, March 15, 2010

situasi yang aku sungguh tak gemar

salam. seperti biasa, aku turun bas di hentian pudu raya dengan muka mamai macam nak mintak disepak akibat dari ketiduran sepanjang jalan dari tanjung malim ke kuala lumpur. seperti biasa juga, hentian pudu memang tak pernah tak ramai orang -_-"

mat jual tiket: dik, nak ke mana dik?
aku: (geleng kepala. macam aku tak tau kau nak jual tiket kat aku.)
mat jual tiket: abang nak tanye je
aku: takpe2 (sambil menambah kelajuan gelengan kepala. heh. aku tayang tiket aku kang!)
mat jual tiket: NAK TANYE JE!

ek eleh. lu apahal nak tinggi2 suara kat aku ni? aku dah ade tiket ah! tapi sebab aku sopan, aku jawab

aku: johor.
ape: eh dik, sekarang ade tiket ni. meh, johor sekarang (terus jadi sopan sambil nak tunjuk jalan)

cis. tadi kata nak tanye je. pastu nak jual tiket. apehal pulak?! dah la tengking2 orang. aku kasi makan kasut Bata ni kang. baru kau tau.

er. tapi takpelah. nanti kene beli kasut baru plak. leceh!

ok bye!

Thursday, March 11, 2010

hey si gadis yang ayu!

salam. haih la. malas sungguh nak buat keje. geram ah. lagi menyampah bila rasa rajin tu datang tak bertempat. contohnye rasa rajin basuh baju datang pade waktu 12.30 malam. kadang tu bila tengah banyak assignment nak kene hantar esok tetiba rajin nak mengemas bilik lah, lipat baju lah, kemas almari lah. tak nak pulak rajin tu datang masa tengah takde keje. hampagas betul lah!

eh membebel pulak di siang hari. oh ye. sekarang aku tengah dok melepak kat youtube siang malam (macam takde keje lain!) sebab nak tengok drama Yamato Nadeshiko Shichi Henge aka The Wallflower. dulu aku pernah buat review pasal cerita ni tapi versi manga (klik sini kalau nak tahu jalan cerita). wah tak sangke ade cite ni ade live action. hahaha suke suke.



oklah. kalau diterjemahkan maksud yamato nadeshiko tu ke bahasa malaysia ialah wanita sempurna. dalam english pula perfect lady. dalam cerita ni perfect lady digambarkan sebagai perempuan yang serba-serbi tahu mengurus rumah. jadi sempurnakah anda gadis-gadis di luar sana (dan di sini juga)?ade beberapa persoalan yang menghantui kepala aku.(hantu soalan atas kepala?)

1.mencuci pakaian
aku selalu dikatakan pemalas sebab basuh baju guna mesin basuh. yeke pemalas? eh kalau kat rumah sendiri, kau basuh baju guna mesin basuh jugakan? tak tahu la pula aku kalau ade yang masih duduk berkemban tepi sungai sambil menyanyi-nyanyi sambil melibas baju di atas batu. ade ke? jadi ape bezanya kalau di kolej, di asrama? ok, ade beza sebab kat rumah free tak payah masuk duit syiling. tapi teknologi ade, tak baik disia-siakan. kalau aku tak basuh baju langsung tu lain lah. 

2. memasak.
aku ade la skill sikit2 bab masak memasak ni tapi aku malass. roomate aku ade ajak kongsi periuk nasi la, beras  la, telur, sayur dan mcm-mcm lagi lah. tapiii tu lah. malas wehh nak masak. beli je kan senang. perut sendiri je pun. dahla banyak keje weh. tak kuasa. yang penting mesti tahu masak, malas rajin belakang kira!
tapi perhatian! wanita yang sudah, ingin, bakal berkahwin sila jangan ade pemikiran sebegini ye?anda mesti kene rajin sebab yang nak makan bukan perut anda je.

3. tido
ok ni selalu sangat dengar. anak dara tak baik bangun lambat. anak dara itu anak dara ini. tapi kawan aku kata zaman anak dara ni la nak tido sepuas hati. time dah kawin, dah ada anak nanti kau ingat boleh nak membuta sesuka hati? betul juga tu? gadis-gadis pun perlukan rehat yang secukupnya. haha! tapi sebenarnye tak elok kan tido lepas subuh T_T



jadi macam mana ni. sempurna ke? aku dah sah-sah la tak. itu belum cite bab akhlak, perilaku lagi. sebab tu mak aku suruh belajar dulu dan pegi posting ke pedalaman selama 3 ke 4 tahun untuk memperbaiki diri sendiri (cewah!)

baru la boleh letak hantaran tinggi (haha). ini tak. masak tak reti. hantaran nak tinggi. nanti perut berbunyi-bunyi. akhirnya suami lari.

ok bye!

Wednesday, March 3, 2010

guru bujang wajib ke pedalaman?

salam. oh oh. headline Utusan Malaysia hari ni memang berjaya membuatkan mata aku terbeliak. nasib tak terkeluar biji mata dari soket mata.


KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan akan menimbangkan untuk mewajibkan semua guru bertugas di kawasan pedalaman antara tiga dengan lima tahun daripada tempoh perkhidmatan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan sasaran untuk menyahut cabaran itu ialah guru-guru yang masih belum berkeluarga.

berita penuh: utusan malaysia online


aku penah la sembang2 dengan kawan pasal isu posting pedalaman ni. rata-rata semuanye nak posting kat kampung sendiri. ade tu siap nangis2 bile lecturer tunjuk video cikgu yg bertugas di pedalaman sabah. dan2 terus meraung 'taknak taknak' (ok ade sedikit hiperbola di situ).

punye la payah nak ke sekolah. yang suke ponteng kelas tu sedar la sikit

yelah,tengok cikgu dalam video tu dahla duduk pondok sorang2. takde elektrik. kalau ade supply pun memang limited lah, untuk lampu je. kalau namenye nak hadap laptop main facebook, blogwalking etc memang tak dapat ah. kawan yang tengok video tu pulak jenis yang jiwa jiwa. mane la tak menangis. aku rilek je walaupun dalam hati Tuhan je yang tau. takut jugak woh! itu belum lagi part prasarana sekolah yang terhad, pengangkutan nak ke sekolah (kene daki gunung,naik rakit) dan sebagainye.


tapi ade jugak bestnye posting kat pedalaman ni. kite kene la fikir positif sikit kan. kene tengok sisi cerah jugak. mase aku pegi program khidmat masyarakat kat Pulau Tioman dulu, ade lah aktiviti bersama pihak sekolah. Rata-rata cikgu2 sekolah tu memang muda dan hensem. ok fine. bukan tu pointnye. Masyarakat sana memang friendly habis dan memang kita tak terasa yang kite ni adelah strangers dalam kampung mereka. student kat situ pun mcm baik2 je.(aku sempat interviu sorang dua student. memang berbudi bahasa tinggi).tapi aku tak tahu la dekat kawasan lain. pada aku..ok kot?masa muda2 belia ni la nak cari pengalaman kat tempat orang. 

mula-mula memang la tak biasa. tapi sampai bila nak duduk dalam zon selesa je?

p/s: tapi aku tetap terfikir..kalau lah aku kahwin sebelum grad..mungkinkah aku tak perlu ke kawasan pedalaman?

update: ok fine. kawin cepat pun tiada guna. tetap kene pergi jua

Thursday, February 11, 2010

jadi budak baik tak boleh ke?

hari ni aku nak balik dah. patutnye kene happy tahap ke14. tapi disebabkan hari semalam yg sungguh tak best jadi tahap keseronokan tu dah berkurang ke tahap ke 4 je.oleh sebab tu,aku pun berkeputusan nak ponteng kelas Perkembangan Pelajar pagi ni. lagi pulak bas aku pagi ni. TAPI silap besar wehh!

pagi ni, baru jap tadi ade org call. nasib baik aku silentkan hp mlm td. so takla rase terganggu proses ketiduran aku. tapi kalau ade bende dok gegar2 bawah bantal takkan nak biar kot. aku dgn rase annoying tahap ke5 pun menggagau gagau carik hp.

mak aih. Dr.S call??(lecturer Perkembangan Pelajar yg aku ponteng tu T_T) nak jawap ke taknak?
diam. buat taktau. pejam mata balik.
tetibe gegar lagi. ah sudah.

new event(1)
CALL DR s SGERA

ohoiii. jap lagi la call. tunggu clas abis. huhu. silap besar weh harini. carik pasal btul.

tu cite kelas Perkembangan Pelajar. Lab Management dgn Basic Chem lain pulak kisahnye.Dr.K, kenapa la anda suke sound saye dlm dua2 lab kimia. saye malu dengan encik i, lab assistant kite tu kawan2 saye tau.

nape la aku suke carik pasal dgn lecturer sem ni ye. jadi budak baik tak boleh ke?eh tapi mane ade aku jahat

p/s: sekarang dah pertengahan semester 4. Jadi azam semester 5 ialah tak nak ponteng kelas!!

Monday, February 8, 2010

oh mood terbang melayang!

oii!

jangan ngada-ngada sangat boleh tak??
sila berkelakuan seiring dengan usia anda.

sekian. terima kasih

p/s: grr. rasa nak mencarut ahh. eh. sabar2


Tuesday, January 26, 2010

Pemasyhuran Tunku Ibrahim:Daulat Tuanku!


oh oh tengku mahkota kami dah jadi sultan

JOHOR BAHRU: Sultan Ibrahim Ismail dimasyhurkan sebagai Sultan Johor kelima di Istana Besar di sini, menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat di Hospital Pakar Puteri.

"Menurut Fasal 8, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895, disahkan bahawa waris Sultan Johor, Tuanku Ibrahim Ismail dimasyhurkan sebagai raja dan Sultan Johor Darul Takzim dan jajah negerinya di bawah undang-undang tubuh kerajaan negeri," kata Abdul Ghani Osman

"Saya, Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar menaiki takhta menjadi Sultan Yang Dipertuan Negeri Johor Darul Takzim dan Jajahan Takluknya. Saya bersumpah akan memerintah dengan adil, saksama dan timbang rasa pada semua rakyat.


oh oh Tengku Mahkota (TMJ) kami dah jadi sultan. pasni ade buat kembara TMJ lagi tak ek. dah jadi sultan mesti dah tak pakai nama kembara mahkota johor, ye tak?

teringat plak zaman sekolah dulu, kalau TMJ nak datang misti lepas rehat dah takde sesi PNP. semua pun kene berbaris kat tepi jalan tunggu TMJ lalu. semangat nihh nak lambai2 TMJ guna bendera johor. haha. panas wehh tepi jalan tu. lama pulak tu kene tunggu. tapi sebab kami semua sayang same TMJ, panas berdenting matahari tegak atas kepala pun tak kisah wehh. janji boleh lambai TMJ dan tengok moto besar corak rimau TMJ depan mata. bile TMJ lalu je, dengan senyuman manis dan lambaian penuh kasih sayang dari TMJ, fuhh macam magik. terus hilang penat wa cakap sama lu. rase terharu nak menangis pun ade. haha.

sebab tu yang isu pasal aduka taruna tu aku rase panasss je



Monday, January 25, 2010

24 jam sehari macam tak cukup.

tak pernah aku rase malas gile nak buat keje macam malam ni.
entah.yang aku tau aku taksuke gile buat lab report
aku punye ayat takpayah cakaplah. memang nangis cikgu bi aku bace.
cume tulisan tu aku kasi cantik skit sebab last week kene sound tulisan buruk.

tapi aku tak peduli dah. esok ade kuiz ekologi plak!
siyuttt aku terlupe.

kesimpulan: teknik pengurusan masa yang buruk sekali. memang la 24jam sehari tak cukup!

p/s: camne nk uruskan masa dengan berkesan?


Saturday, January 23, 2010

kesian blog aku kekurangan kasih sayang

ohoh hoh hoh hoh. setelah beberapa lama blog ni tak mendapat kasih sayang yang sewajarnye (isk2) aku pun kasi tukar la layout. barula tak meluat tengok blog sendiri. haha

untuk template kali ini aku pilih yg simple2 aje. banyak je template yg kiut2+girly2 aku jumpe. heh.tapi aku kan nak masuk 20 dah. haha. matang skit la konon2nye.


banyak lagi la yang kiut2, yang simple2, yang itam2, yang putih2, yg mcm2 lagi kat situ


Tuesday, January 19, 2010

roda roda kehidupan


one minute you are on top
the next you are not
watch your drop
making your heart stop

you think you've won?
and then its all gone
-LP-

*Hit the floor by linkin park. band pujaan dari dulu,kini dan..err dah tua nnti kot2 dah ubah selera


Pernah tak kite rase yg kite ade segalanya. hidup kite cukup sempurna.
pernah tak jugak kite rase yg tanpa kite sedari kite mula hilang segalanya.

mase ni baru terhegeh hegeh nak carik ape silapnye kite.
rupenye baru la sedar yg kite ni dah jauh dari Allah.
kalau sedar baguslah. kalau kite tak sedar, kwn2 lain tu tolong2 doakan supaya sedar

tapi org ckp selagi kite tak jatuh terduduk selagi tu kite rase dunia ni berputar di sekeliling kite je. tak baik cmtu. kalau kite tegur tu maknenye kite sayang.

blessing in disguise. ade hikmah. silver lining. lebih kurang same je maksudnye

oleh itu, jgnlah berduka.

Saturday, January 2, 2010

welcome 2010!



welcome 2010. happy new year everyone. i'd say this is my fave. pic of 2010. i think it's hilarious and unique. well, at least for me.

this photo was taken on 1.1.10 during our little gathering with our dr.husni and dr.haniza

p/s: dialog adelah rekaan semata2