Monday, January 10, 2011

welcome 2011

ok. tak terlambat rasanye nak ucap good bye 2010, hello 2011. azam baru? takde rasenya. tipikal betul set azam baru, pastu entah tercapai entah tak. ah, yang penting harus bersiap sedia dengan cabaran-cabaran baru i.e writing a proposal, running the project, microteaching dan latihan mengajar. ohemji. this is happening.

1st week of 6th semester dah lepas. but still, masih dalam phase rilek-rilek, macam selalu. takde lab session lagi, means no lab reports. kelas pun belum officially mula, means no assignment. duit pun tarak (tiba-tiba?)

masa nilah yang paling heaven sekali. no pressure yo! i have a lot of time to kill. oleh itu, aku dengan jayanya mendapatkan the whole 6 season of How I Met Your Mother. dan aku juga dah beli 2 biji buku, The Book of Origin dan Love Letters of Great Men and Women. awesome yo! dan..breaking news. rumah no.13 sudah ada sebiji tv yang hanya dapat tv2 dan tv3 saja. 

i love my tv so much. aku memang kaki tengok tv. tapi dalam kepala asyik teringat Barney Stinson and the gang yo. dan aku nak sangat baca those love letters. dan aku jugak tak boleh tak online dalam sehari. oh shoot, aku ada 2 cerpen yang aku belum baca, like, komen dan share, sebagaimana yang aku dah janji dengan penulis cerpen tersebut. oh tak tau nak buat yang mana dulu? apsal la masa ni macam cepat je berjalan? 

inipun nasib baik aku dah give up a few things, macam 1) blogging contohnya. well not completely tapi dah takde passion sangat macam dulu. dan 2) pc games. aku dah tak main Sims. cooking academy pun. cake queen pun. macam-macam lagi pun. dan 3) boyfriend. hii aku tak dapat bayangkan kalau tiba-tiba ada orang lain in the picture. it'll change the whole dynamic. and it'll make you or break you. 

jadinya, zety liyana, enjoy this very moment of your life because in the following week, you'll step out from your comfort zone and trust me, it's not gonna be easy. muahahaha!

p/s: i'm a procrastinator and i suck in time management department. and that's a couple things that i hate about myself.


Monday, December 27, 2010

sun of a beach!

homewreckers. they came from out of nowhere and steal everything from you. these low-life creatures should be condemned in hell for eternity. hey, bitch! go get yourself a precious thing called DIGNITY. why don't you take a good care of your abandoned kids rather than chasing men around? i wish i have a very fine moment to say this in your stupid face- ROT IN HELL, SLUT!

you can have all the man you want . you can have all the money in this world. and you'll do it your way-the easiest,  fastest yet dirtiest way. yeah, that's how you roll bitch.


Thursday, November 25, 2010

drama queen on facebook

setiap hari aku mesti akan log in FB. tak kira la ada notification ke, takde ke. masuk tetap masuk. 

mula-mula, go thru news feed

senah and 1234 people changed their profile picture
senah commented on her own status
senah was tagged in her own album

dan sebagainya. ok. move on. next. aku check status update pulak. 

tak sabar nak balik. homesick 
hoi shit. fuck u. babi laaaa!!
omg im in love with bruno mars!
hmmmmmmmmmm..:(
sesungguhnya kita harus bersangka baik.
kitew nak pewgi tidow. ta payah cebok oykayh?

dan sebagainya. dan lagi satu aku pantang orang tulis status bergayabahasa macam tu. come on la, tolong jangan bawak bahasa myspace tu dalam facebook. lagi2 kalau lelaki. huh, hide aje. settle. 

the truth is, aku tak kisah sangat apa yg orang nak update kat kolum 'what's on your mind' tu. but please la. jangan la terlampau drama queen sangat. sekali kau whining kat situ, ok la, aku faham keadaan kau. kali kedua, oh ok, apehal dia ni. kali ketiga, wth? kali keseratus lapan belas, eii-menyampah-rasa-nak-hide punye perasaan pun muncul. but then tak sedap la nak hide kawan sendiri kan.

sebenarnya  perlu ke kita nak keep on bitching about every single thing in our life? hey, i tell you what, the truth is most of people don't give a damn about you. you only have yourself, your loved one and Allah. 

dah lah. terbantut mood aku nak study tau. mana boleh emo-emo macam ni. ok, pegi makan coklat sekarang supaya hormon endorfin terbebas dan mampu membuatkan kita sedikit gembira.


Wednesday, November 3, 2010

lelaki-lelaki ini

sebagai peminat tegar drama series seluruh dunia, banyak juga la siri-siri yang aku ikuti. mestilah semua best-best, kalau tak buat ape aku tengok berbelas episod? sebagai seorang perempuan yang berorientasi lurus, maka tercipta lah senarai lelaki-lelaki kegemaran yang menduduki carta hati ini. cewwahh! 

5. Jonathan Groff


Jesse St James from Glee. walaupun perangai dia hodoh dalam Glee, tapi aku tetap suka Jesse sebab he has the best voice among others. lagipun dia terpaksa je jadi jahat sebab nak protect ego dia dalam Vocal Adrenaline, padahal dia memang dah suka kat Rachel. lagi satu, sweet smile, curly hair macam tu, who can resist? ala, tapi in real life, gay la pulak! 

4. Farid Kamil


Farid Kamil. perlukah diterangkan dengan lebih lanjut? tengah muka berdarah-darah macam tu pun tetap hensem. err sebenarnye rupa paras ialah bonus. yang penting aku suka dia sebab kalau nak bandingkan dengan lakonan pertama dia dalam Cinta Kolestrol dengan filem-filem dia sekarang, amatlah jauh perbezaanya. mula dari zero dan kemudian improve menjadi semakin baik dan semakin baik. say yay to FK. oh, ini facebook dia, dan ini blog dia.

3. Hiro Mizushima dan Ikuta Toma

Hiro Mizushima 


Ikuta Toma

Nanba-senpai and Nakatsu from Hana Kimi.  hah yang ini tied. dua-dua aku suka sebab er rupa of cos lah. hii tapi susah betul nak cari gambar meka yang tak jambu sangat. kalau orang lain sibuk dengan scene korea diorang, aku lebih suka scene jepun. tak tau la. mungkin sebab nostalgia zaman kanak-kanak dulu. membesar dengan cerita GTO, power office girl, beach boy dan lain-lain. oh dan lagi satu, aku suka meka berdua ni . kalau tengah sengal, sengal betul. kalau tengah frust, frust betul.kalau tengah serius, aku pun ikut serius juga. they are full of emotion and the emotions are executed well. tak macam pelakon entah dari mana tuu. kayuu je. baik aku tengok pokok.

2. Scott M. Foster


Cappie from Greek. ooh i love Cappie. aku rasa kalau watak Cappie takde dalam Greek, sungguh la tak best. yelah, main plot Greek kebanyakan berkisar tentang competition antara sorority dan frat house. mesti intense gila. dia dengan nasihat-nasihat dia yang macam tak berguna, tapi sebenarnya berguna, memang kelakar. walaupun selalu kene kutuk dengan orang, dia selamba je. dan lagi satu, he's a good leader too. walaupun gila-gila, tapi bila dia perlu lead, dia akan lead dan sebab tu lah the whole house respect him. 

1. Zachary Levi


Chuck Bartowski from Chuck. semalam satu malam aku melepak youtube, cuba-cuba mengenal Zach Levi. haa inilah hasilnya. oh i'm in love with Zach Levi. on screen and in real life. pfft. geli je nyah. walaupun semua episod Chuck aku dah rerun at least sekali lagi tapi still aku akan ketawa juga. tapi siriyesly, aku rasa Chuck itu macam watak sebenar dia. tengok pics dia bercuti kat Paris, rileks serabai gitu je. takde pun kecoh-kecoh bergaya diva. aktiviti masa lapang, main Guitar Hero and other video games. sounds familiar? he's funny, goofy and nerdy, not to mention his big grin. and oh ya, he has a great voice too!



sekian dari saya, apalah makna hidup ini jika tak menggatal sekali sekala.

Tuesday, September 21, 2010

minggu ke 9

minggu ke 9. hari kedua selepas cuti raya. tapi rasa macam 2 bulan.

aku rasa kehilangan diri. aku rasa semester ni paling teruk sebab aku rasa macam bukan student biologi lagi. that's really sucks! 

at least, sesibuk mana masa sem 2 dengan aktiviti kolej dan uni, sesukar mana nak survive kat UPM masa sem 3, sekurang-kurangnya aku belajar ape yang aku suka.

2 subjek kimia, dan 1 subjek statistik. aku betul-betul rindu istilah-istilah sains yang susah betul nak diingat, mekanisme-mekanisme yang memeningkan, konsep-konsep yang mengelirukan.

oh aku rindu subjek biologi. sekurang-kurangnya, susah macam mana pun, tetap aku boleh hadapi dengan penuh rasa sabar, penuh rasa sayang.

harini ponteng kelas, study biostat & kimia fizikal. hmph. tak ke mana pun peginya.

Monday, September 20, 2010

the untold tales

The 6 years revenge is sweet. after all, it's a closure. good bye, baby. spread your wing, fly away and don't come back.

Friday, August 27, 2010

drama minggu ini

membaca amalan mulia

bila dah baca buku ke 3 Twilight Saga, aku rasa banyak momen-momen WTH sepanjang aku membaca. si Bella tu sanggup jadi pontianak (jibam-jibam) semata-mata nak kawin dengan Edwak Kuleng? habis tu Charlie, Renee, kolej, tak penting ke? orang melayu cakap, untung seguni rugi segantang. konon-kononnya nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan. buang emak, buang saudara,(buang jacob jugak), kerana kasih hamba turutkan. Wth?

lebih baik aku baca buku la tahzan gadisku. ada (dan banyak) jugak faedahnye.

ketawa hodoh

ok,bnyk kje nk raya, mcm buzy org nk buat kuih raya je..hins..hins - abang ady

hins hins? ape kejadahnye tu? dah banyak kali dalam mesej abang aku tulis camtu. aku andaikan itu ketawa, gantian kepada haha. kalau macam tu la, banyak-banyak ketawa, aku rasa ketawa abang aku yang paling hodoh sekali. wuahaha! (hari raya nanti aku MESTI mintak maaf)


Titik mengigau

Masa nak tunggu budak berdua tu bersiap nak pegi iftar dan majlis tahlil dr. husni dan dr. haniza, aku baca la buku sikit, tapi entah bila aku terlelap. Tiba-tiba,

“Weh zety, bangun, jom pegi. Dah lewat ni.”

“Hah? Ko cakap nak buat titik?” Aku jawap, separa mamai.

“Titik? Titik ape ni ko ni?”

“Titik la. Titik. Dot.” Masih lagi mamai.

“Ape ko nii? Titik ape?” muka member dah confuse. Muka nak marah pun ada.

tetiba dalam hati aku tersedar, ape benda yang aku dok mengarut titik titik ni? akhirnya aku jawap,

“Err, takpelah. Tunggu jap, aku pakai tudung.”

Moral cerita, janganlah tidur lepas asar. Memang mewarisi kegilaan.

jadual exam

oh oh jadual exam dah keluar. walaupun 3 paper je tapi lebih dari  cukup untuk membunuh dan terbunuh!






p/s : dah nak cuti ni keje bukan makin sikit.



Sunday, August 22, 2010

tagged! antara yang tersusah

disebabkan laptop aku rosak hari tu, maka banyaklah entri tag dan award yang tertangguh. oleh sebab aku happy hari ni kerna urusan PTPTN dah selesai, maka aku nak jawab tag dari anin

damn, susah kot nak buat. hoi lah anin, siaplah kauu!

1. peraturan
jawab semua soalan menggunakan huruf pertama anda. contohnya nama kau tipah, jadi gunalah huruf T.

- elakkan menggunakan jawapan yang sama untuk soalan yang berikutnya

- untuk nama boy&girl, sila jangan guna nama sendiri


2. soalan

what is your name?
zety liyana zainal abidin

a four letter word
zoom (gali gali zoom gali gali zoom ) <---------- lirik lagu pengakap. suka!

a boy's name
zico

a girl's name
ziana zain

an occupation
zorro. cita-cita saya nak jadi zorro sebab boleh nyanyi lagu i want to spend my lifetime loving you

a color
zz..er..z. zitam? jap. ok dah google. zucchini (a shade of green)

something u'll wear
zip-up boot. ngeh ngeh ngeh. tq google .

a type of food
zinger burger. 

something found in the bathroom
zzz.. (orang tido)




a place
zimbabwe

a reason for being late
ziman belasah aku. tu yang lambat tu.

something u'd shout
zurang zaja!!! zentang-zentang zaku zelat z, zau zejek-zejek zaku zeh?!

a movie title
zombieland. 

something u'd drink
zesty zapple (air fnn ke mirinda tah)

a musical group
zety and the computer. confirm ke laut!

animal
zebra, zirafah. ceh ceh banyak jawapan.

fruit
zaqqum (buah yang kat neraka tu. boleh?)

3. kenekan kawan anda
aku nak suruh seorang je jawap. nuraimy yasmin. tapi aku nak kau jawab pakai initial Y. are you up for the challenge? ha ha ha.


bila main benda alah ni, aku teringat pulak mainan masa sekolah-sekolah dulu.




p/s: anin, kau tak state kan tak boleh pakai google. kira jawapan aku ni valid lah kan. hahaha!

Friday, August 20, 2010

drama kehidupan kampus

masa

berlumba dengan masa memang memenatkan. kita setengah mati terkejar-kejar masa, dia rilek je berlalu meninggalkan kita. hampeh punya masa!

hoi minggu depan dah minggu 7. maknanya semester 5 tinggal lagi separuh sebelum nak masuk semester 6. tapi aku belum buat apa-apa aktiviti yang produktif. ape nak jadi?

PTPTN

hoi susah betul nak mintak duit orang ni. heh, pinjam je pun. segala mak nenek dokumen habis dimintaknye. dah macam tak cukup tanah aku berjalan ke sana ke mari nak  kuruskan   uruskan cop itu dan ini. patutlah sampai ade yang menangis-nangis. eh, aku tak!

teringat masa kecik-kecik dulu, kakak aku cakap PTPTN tu maksud die Pulau Tempat Penyamun Tengok Nasyid (PTPTN). hahah. kejadah ape tah?


bas 

setiap kali bas datang, semua orang jadi gila. dah jadi macam medan perang, padahal nak naik bas je pun. rahsia nak berebut bas bukan tolak orang la ngok. buat sakit badan, sakit hati je. cara yang betul dan efektif ialah menyelit. ejas la posisi badan tu biar kau yang ke depan. haih, keganasan tidak dapat menyelesaikan apa-apa ok?

abang hensem berdua (abang ke? tah tah junior. lantaklah, umur aku 20. muda lagi apa?)

tengah aku berjalan macam tak cukup tanah, eh, dari mana pulak 2 orang mamat ni muncul jalan depan aku. terpaksalah aku perlahankan kelajuan berjalan. wah, galak bersembang. siap ketawa sengih-sengih. isk, aku nak cepat ni. tiba-tiba orang depan berhenti. pandang belakang.

bapak ah. aku ade jerit mintak laluan ke? ah, aku nak cepat. cakap terima kasih pun dalam hati. tapi sempat juga aku senyum. tapi aku ada terdengar perkataan 'lajunye dia jalan' dan 'tak puasa'. erk? tapi terima kasih lah. bila aku masuk ofis HEP, terus dia kunci pintu, tutup kedai. fuh, awal beberapa saat je. kalaulah abang berdua tu tak beri laluan tadi...

Wednesday, August 18, 2010

drama ramadhan

sahur

"aku tak puas hati zety senyap hari ni"

"aah la. kenapa?",

"penat. aku tak sahur hari ni", jawap aku.

"eleh, puasa tahun lepas kau tak sahur pun, ok je?

ye tak ye eh. pernah pulak aku rajin bangun sahur. entahlah. tapi semalam aku sahur makan nasik, rasa bertenaga sekuat harimau!

popia

"bang, ni balik kampung ni kau takde request pape ke suruh ibu masak?"

"takde. kenapa? kau ade ke?"

"ade. popia"

"ekk eleh. popiaa? weh, kat bazar berlambak la."

ye memang. tapi popia inti togeh hangus. ceh. dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang. popia di bazar boleh ku cari, manakan sama popia ibuku seorang.

titik perubahan

ah, semua orang memang tak sayang aku, tak perlukan aku. baik aku duduk diam kat sini. tak payah campur orang. huh!

daripada kau berfikir macam tu, baik kau fikir,

kenapa mereka tak pedulikan aku lagi? macam mana aku nak dekatkan diri semula dengan mereka? kat mane yang aku salah ye?

muhasabahlah. sempena bulan Ramadhan ni, berubahlah

walaupun kau berperangai sampah, nampak seperti aku tak peduli, sebenarnye aku tetap sayangkan kau.